Bengang Kawan Sendiri, Along (Cham) Tegur Azrul Zaidi Agar 'Jaga Mulut'

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 6:00 AM

Along Raja Lawak

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Along (Cham) meminta rakan seperjuangannya Azrul Zaidi tidak terus mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan dia sebagai punca tiada tawaran dengan mana-mana majlis atau program televisyen.

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 32, berkata, perkara itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif masyarakat biarpun dakwaan yang dibuat Azrul itu tidak tepat.

"Dia selalu keluarkan kenyataan terkilan dan merajuk dengan saya dan mempertikaikan kenapa saya buat sesuatu job itu dengan orang lain? Dia sepatutnya tahu sesebuah undangan itu dibuat oleh penganjur.

"Kadang-kala saya ambil tawaran menjadi pengacara majlis atas kapasiti bayaran harga 'kawan-kawan' dan tiada bayaran. Itu pun dia pertikaikan. Sampaikan saya masuk MIG dulu pun dia tidak puas hati.

"Saya hairan kenapa dia berbuat demikian sedangkan job dia lebih banyak dan saya tidak pernah pertikaikan," katanya kepada mStar Online.

Along diminta mengulas tentang hubungannya dengan Azrul yang renggang apabila Azrul dikatakan pernah mendedahkan berasa terkilan terhadap Along kerana tidak dipanggil terlibat dalam beberapa program televisyen.

Azrul

Kumpulan Cham yang dianggotai oleh Along dan Azrul menduduki tempat kedua dalam program realiti Raja Lawak musim kedua pada 2008.

Sementara itu, Along menjelaskan hubungan mereka dingin sejak berakhirnya pertandingan Raja Lawak akibat beberapa salah faham yang tidak diselesaikan.

Kataya, situasi tersebut berlanjutan sehingga ke hari ini apabila Azrul sering menyuarakan rasa tidak puas hati tanpa bersemuka dengannya.

"Hubungun kami memang sudah lama dingin dan kami tidak berhubung sejak tahun 2009 kerana ada beberapa salah faham. Saya pun tidak tahu apa sebenarnya punca ia terjadi. Apa yang sampai ke telinga dia lain dan sampai kepada saya lain pula.

"Saya ada cuba untuk berbaik, namun entah kenapa sampai sekarang gagal," ujarnya.

Dalam pada itu, Along berkata, dia menjelaskan perkara ini berikutan tidak mahu orang ramai salah faham yang boleh menjejaskan reputasinya pada mata masyarakat.

Kata Along mereka masing-masing sudah dewasa dan boleh memikirkan apa yang terbaik untuk keluarga.

"Saya berdiam diri selama ini kerana saya tidak mahu panjangkan cerita dan orang akan gelakkan sahaja. Periuk nasi pun boleh terjejas.

"Cukuplah saya katakan pada dia bahawa apa yang saya ada sekarang adalah cukup untuk dapur saya berasap sahaja tidak mewah seperti yang dia sangkakan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Along Cham , Azrul Zaidi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan