Afiq Muiz Luah Perasaan Dalam Puisi Ditulis Setiap Malam

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2015 5:30 AM

Afiq Muiz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Afiq Muiz mendedahkan dia sering meluahkan perasaan dilaluinya dalam puisi yang ditulis setiap malam.

Afiq atau nama sebenarnya  Muhamad Afiq Muiz Azman Shah, 22, berkata, sikapnya yang agak sensitive itu membuatkan dia lebih melakukan aktiviti sedemikian.

"Saya anggap menghasilkan puisi seperti menulis diari. Puisi itu saya tulis berdasarkan kehidupan harian saya yang disimpan dalam buku.

"Semua perasaan seperti rasa tidak puas hati, sedih, geram dan gembira pada ketika itu saya luahkan dalam puisi saya. Romantik? Ya, saya seorang yang romantik dan juga sensitif," katanya kepada mStar Online.

Afiq Muiz. Foto dari Instagram Afiq.
Sementara itu, Afiq berkata, memandangkan mempunyai koleksi puisi yang banyak, dia bercadang untuk menjadikannya sebagai sebuah lagu.

Kata pelakon yang popular dengan drama Mr. Cinderella ini, dia turut bercadang untuk mengembangkan bakat seninya menjadi seorang penyanyi pula.

"Buat masa ini saya sudah mendaftar kelas vokal dan bermain gitar, baru sebulan. Nak kata minat, tidak juga, suara sedap ? Tidak juga. Biasa-biasa sahaja.

"Tetapi saya nak cuba sesuatu yang baru. Sebagai pelakon kita perlu tahu beberapa bidang seni lain sebagai pengalaman dan bagi mengukuhkan lagi karier.

"Apabila saya sudah yakin, saya akan muncul dengan single lagu baru saya Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Afiq bakal muncul menerusi lakonan drama terbaharu berjuduk Memori Cinta Suraya yang bakal ditayangkan bermula 17 Ogos ini. Ia disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang di Astro Bella dan Astro Mustika HD.

Siri 148 episod itu menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu syarikat Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.

Memori Cinta Suraya menampilkan bintang ternama lain seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid dan Miera Leyana.
Tags / Kata Kunci: Afiq Muiz

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan