Abam (Bocey) Bangun Lima Pagi Masak Nasi Kurma Untuk Peminat

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2015 5:00 AM

Abam mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya di Batu 10, Gombak pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan bangun seawal pukul lima pagi semata-mata untuk memasak Nasi Kurma khas buat peminatnya bersempena rumah terbuka Hari Raya yang diadakan di Gombak di sini pada Sabtu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, sebanyak 25 kilogram beras digunakan untuk memasak hidangan istimewa itu yang turut dibantu ibunya.

"Alhamdulillah kesemua hidangan yang disediakan pada rumah terbuka ini dimasak sendiri oleh saya, ibu dan ahli keluarga lain untuk semua tetamu yang hadir ke rumah kami.

"Paling istimewa Nasi Kurma yang saya sendiri masak dengan bantuan ibu dan pukul lima pagi saya sudah bangun untuk memasak," katanya kepada mStar Online.

Hampir 1,000 tetamu menghadiri rumah terbuka tersebut yang terdiri daripada kaum keluarga, teman rapat, rakan artis dan peminat.

Dalam pada itu, Abam berkata, dia tergerak hati untuk menyediakan Nasi Kurma selepas mempelajarinya menerusi sebuah program masakan di televisyen baru-baru ini.

Abam bergambar bersama peminat yang hadir ke majlis rumah terbukanya.

Bagaimanapun kata Abam, dia dan ibunya mengubah resepi asal bagi memberikan kelainan kepada hidangan tersebut.

"Sebelum ini tidak pernah buat pun cuma saya teringat menonton rancangan masakan yang menyediakan Nasi Kurma.

"Alhamdulillah melihat daripada sambutan pengunjung rata-rata menyukai nasi berkenaan," ujarnya.

Tambah Abam, Nasi Kurma turut dihidangkan bersama lauk pauk seperti Ayam Masak Merah, Dalca, Daging Goreng Sate dan Acar.

Selain hidangan tersebut, Abam turut menghidangkan makanan seperti Nasi Putih, Ikan Keli, Lemang, Rendang dan Bubur Kacang kepada tetamu.

Sementara itu, Abam berkata, majlis berkenaan yang bukan sahaja untuk meraikan Hari Raya tetapi sebagai majlis kesyukuran selepas memenangi trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) dan beberapa kejayaan lain sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Abam berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem kelimanya berjudul Hantu Rumah Sakit Jiwa dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: Abam.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan