Pengarah Berjaya Patuh Arahan LPF Dalam 'Memori Cinta Suraya'

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2015 5:00 AM

Para pelakon dan mereka yang terlibat dalam 'Memori Cinta Suraya'. FOTO:IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah drama Memori Cinta Suraya, iaitu Mohamed Feroz Kader menyifatkan garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) bagi penerbitan drama bukan satu masalah besar untuk diaplikasikan dalam karyanya itu.

Feroz berkata, sepanjang penggambaran lebih 100 episod drama berkenaan dia boleh mengikut garis panduan yang ditetapkan walaupun karya tersebut banyak adegan cinta.

"Saya dah sedia maklum dengan garis panduan yang ditetapkan dan setakat ini tiada masalah untuk mengikuti syarat-syarat tersebut.

"Cuma, Memori Cinta Suraya adalah adaptasi drama bersiri Mexico iaitu A Love To Remember dan agak susah untuk mengubah karya itu mengikut adab dan kesesuaian sensitiviti di negara ini," katanya kepada mStar Online.

Feroz Kader

Feroz ditemui pada majlis pelancaran drama itu di Talent Lounge, di sini pada Jumaat.

Baru-baru ini LPF telah mengeluarkan garis panduan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di negara ini.

Antara kandungan garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.

Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.

LPF adalah agensi yang terletak bawah Kementerian Dalam Negeri.

Sementara itu, mengenai drama Memori Cinta Suraya, siri 148 episod itu menggandingkan kerjasama tiga pihak iaitu syarikat Azteca, salah satu pengeluar rancangan televisyen Bahasa Sepanyol terbesar di dunia bersama Astro dan Global Station.

Anzalna Nasir dan Hisyam Hamid turut berlakon dalam Memori Cinta Suraya.

"Setakat ini, penggambaran telah berlangsung selama setahun dan bakal tamat pada September ini.

"Saya harus memberikan kredit kepada barisan pelakon dan tenaga produksi yang terlibat dalam kerana mereka langsung tidak menimbulkan masalah semenjak awal penggambaran sehingga ke hari ini," ujarnya.

Memori Cinta Suraya menggandingkan bintang ternama seperti Anzalna Nasir, Hisyam Hamid, Miera Leyana dan Afiq Muiz.

Ia bakal disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang bermula 17 Ogos ini di Astro Bella dan Astro Mustika HD.
Tags / Kata Kunci: Memori Cinta Suraya , Feroz Kader

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan