Search Terpaksa Akur Sering Kali Dituduh Abaikan Yazid

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 5:30 AM

Kumpulan Search dianggotai oleh Kid (dari kiri), Noordin, Amy dan Nasir. FOTO: YAP CHEE HONG

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Search terpaksa akur dengan pandangan segelintir masyarakat yang masih menganggap mereka mengabaikan pemain dram kumpulan itu, Yazid Ahmad, 52, yang menderita akibat kegagalan buah pinggang.

Pemain besnya, Nasir Daud berkata, ahli-ahli Search bersikap terbuka dan tidak kisah dengan pandangan tersebut walaupun pada hakikatnya mereka mengambil berat terhadap penyakit yang dilalui Yazid itu.

Yazid

"Setiap kali Yazid sakit, kami dituduh mengabaikan dia. Tahun lepas pun isu sama juga timbul.

"Sedangkan orang ramai tidak tahu, kami begitu prihatin terhadapnya. Malah wang persembahan yang kami terima, walaupun persembahan berlangsung tanpanya, kami tetap beri (diagihkan kepada lima orang) kerana dia adalah ahli kami.

"Mungkin dia sedikit emosi ketika disoal wartawan. Maklumlah orang sakit mudah sensitif. Baru-baru ini saya melawat dia, kami okey," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media Konsert Search Panggung Khayalan di Menara KL di sini pada petang Khamis.

Search diminta mengulas kenyataan Yazid menerusi sebuah program televisyen baru-baru ini meluahkan rasa sedih diabaikan ahli kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, vokalisnya, Amy berkata, dia bersyukur apabila ramai pihak yang cuba membantu Yazid dengan mengumpulkan dana untuk disalurkan kepadanya.

Cuma dia risau sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menggunakan nama Yazid untuk mendapatkan derma daripada orang ramai.

"Kami risau juga jika ada pihak mengambil kesempatan. Apa-apapun, jika ada yang mahu menderma, rasanya lebih baik wang derma tersebut dimasukkan terus ke akaun Yazid. Tidak perlu ada orang tengah," ujarnya.

Sementara itu, mengenai Konsert Search Panggung Khayalan, ia bakal berlangsung pada 24 Oktober depan di Kompleks Sukan EduCity, Nusajaya, Johor.

Search bersama mereka yang terlibat dalam Konsert Panggung Khayalan yang akan berlangsung di Johor pada 24 Oktober depan.

Amy berkata, mereka memilih lokasi tersebut memandangkan ia boleh memuatkan lebih 10,000 penonton, berbanding lokasi konsert pada tahun lepas di Istana Budaya yang hanya memuatkan penonton pada skala kecil sahaja.

"Kami menjanjikan persembahan yang mantap seperti biasa dan penataan cahaya serta bunyi juga kami pastikan ia memberi kepuasan kepada penonton yang hadir.

"Buat masa ini kami merancang untuk membuat persembahan selama satu jam 45 minit dan akan mempersembahkan lagu-lagu hit bermula dari awal pembabitan Search sehinggalah sekarang.

"Cuma kami tidak pasti adakah Yazid akan terlibat sama untuk konsert kali ini, terpulang pada keadaanya pada ketika itu,"ujarnya.

Tiket konsert serendah RM66 hingga RM756 (tiket VIP Premium) boleh dibeli dengan melayari www.tickethotline.com.my atau boleh didapati di empat cawangan kedai muzik Rock Corner iaitu di The Curve, Subang Parade, The Gardens dan Bangsar Village.

Pemegang tiket VIP Premium akan dijemput hadir ke majlis khas (post party) selepas konsert bersama.ahli-ahli Search. 

 

Tags / Kata Kunci: Search , Yazid

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan