Jue Aziz Tertekan Sering Ditanya Bila Nak Hamil

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2015 3:00 PM

Jue Aziz bersama suaminya, Bayu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Jue Aziz berkata soalan bilakah dia akan menimang anak yang sering ditanya orang sekeliling membuatkan dia mudah rimas dan berasa tertekan.

Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz, 32, menyifatkan soalan seperti itu adalah perkara sensitif terutamanya bagi wanita-wanita berkahwin yang masih belum mempunyai rezeki mengandung.

"Saya tertekan dan rimas apabila orang tanya 'bila nak ada anak?'. Penat dah nak jawab.

"Sampaikan dalam hati saya berkata-kata, tak ada soalan lain ke? Siapa yang tidak mahu anak. Tetapi semua itu kuasa Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jue berkata, sejak berkahwin dengan Bayu Pramana Putra Achmal pada 9 Mac 14, hampir setiap bulan dia akan membuat pemeriksaan untuk mengetahui adakah dia hamil ataupun tidak.


Bagaimanapun sejak dua bulan lalu, Jue mula reda dan hanya berserah kepada Tuhan selain tidak mempedulikan lagi persoalan orang tentang anak yang sering ditanya.

Sementara itu, bertanyakan mengenai kematian ayahnya, Ab. Aziz Maidin, 68, akibat penyakit jantung pada Jumaat lalu, Jue berkata, dia dan keluarga menerima pemergiannya dengan reda.

"Arwah ayah memang tidak ada penyakit sebelum ini tetapi entah kenapa tiba-tiba dia terkena serangan jantung dan terus koma. Saya dan keluarga tidak mahu melihat dia terseksa dengan bantuan alat sokongan hayat. Lantas kami meminta doktor untuk 'melepaskannya' pergi dengan tenang.

"Cuma saya ralat sedikit kerana arwah tidak bekesempatan untuk melihat saya dan suami mempunyai anak sendiri," ujarnya yang kini telah berhijab.

Dalam perkembangan lain, Jue bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Kapsul yang dijangka akan ditayangkan pada 17 September depan.

Kapsul
merupakan sebuah filem sains fiksyen yang diarahkan oleh Martias Ali yang turut dibintangi  Faizal Hussein, Zamarul Hisyam, Datuk Rahim Razali, Irfan Khairi, Elly Mazlein dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Filem ini mengisahkan mengenai sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Mahathir telah dicuri dan membawa Zohri (Faizal Hussein) kembali ke zaman silam.
Tags / Kata Kunci: Jue Aziz

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan