'Jwanita' Inspirasi Kejadian Sebenar - Osman Ali

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2015 5:00 AM

Pelakon utama Jwanita, Maya Karin (kiri) bersama pengarahnya, Osman Ali.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Osman Ali memberitahu, karya terbaharunya iaitu Jwanita yang mengangkat genre psiko seram adalah berinspirasikan kejadian sebenar.

Osman bagaimanapun berkata, dia tidak tertumpu kepada sesuatu jenayah sebaliknya mendapat ilham daripada beberapa kejadian yang berlaku di kalangan masyarakat.

"Skrip Jwanita saya hasilkan sendiri dan ketika menulis saya mengambil inspirasi daripada beberapa kejadian jenayah yang pernah berlaku sebelum ini.

"Pun begitu idea-idea tersebut saya olah dan susun untuk menghasilkan sebuah filem genre psiko seram dan terhasilnya naskhah ini," katanya kepada mStar Online.

Osman ditemui pada tayangan perdana filem berkenaan di Kafe Skrin Hulu Klang di sini, Rabu.

Jwanita menampilkan barisan pelakon seperti Maya Karin, Bront Palarae, Cristina Suzanne dan Datin Umie Aida.

Osman Ali

Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 24 September depan.

Dalam pada itu, Osman berkata, dia terpaksa membuang 30 peratus babak dalam filem berkenaan yang dilihat agak keterlaluan untuk dipaparkan kepada penonton.

Katanya lagi, ketika proses suntingan dijalankan pihaknya telah menayangkan filem berkenaan kepada pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan dinasihatkan tidak memasukkan beberapa babak.

"Saya sendiri sudah menjangkakan beberapa babak seperti Maya melapah daging manusia dan memasak sup yang kemudiannya dimakan oleh watak Julaika dan keluarganya agak keterlaluan.

"Sebab itu sebelum filem itu diedit dan dihantar ke LPF kami memanggil pihak berkenaan untuk melihat proses suntingan dan mengambil nasihat supaya babak itu dan beberapa lagi dipotong," katanya.

Sementara itu, Osman berkata, dia mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkan naskhah berkenaan kerana proses pasca produksi yang panjang selain teknik penjanaan imej (CGI) yang memakan masa.

"Penggambaran filem ini hanya mengambil masa sebulan sahaja tetapi proses selepas itu yang memakan masa dan saya tidak mahu terburu-buru kerana ingin memastikan hasil akhirnya memuaskan," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Osman gembira dengan persembahan Maya sebagai Jwanita yang dianggap lakonan terbaik aktres itu.

Jelasnya, Maya berjaya menghidupkan watak tersebut dengan caranya tersendiri sehingga adakalanya ia terbawa-bawa ke luar set.

"Semasa saya menulis skrip filem ini memang saya cipta watak Jwanita itu untuk Maya namun tidak menyangka dia memberikan persembahan cukup membanggakan dan luar dari kebiasaan.

"Sampai kadang-kadang ketika berada di set saya takut untuk menegurnya kerana dia begitu menghayati peranan sebagai seorang yang mempunyai masalah mental dan psiko," katanya.
Tags / Kata Kunci: Osman Ali , Jwanita , Maya Karin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan