Artis Bukan Pilihan Juliana Evans Dijadikan Kekasih

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2015 1:30 AM

Juliana enggan menjalinkan hubungan cinta dengan golongan selebriti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Juliana Evans tidak berhasrat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana artis biarpun pernah dikaitkan dengan Zizan Razak dan SonaOne sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Juliana Sophie Johari Evans, 26, ini berkata, keputusannya itu bukan kerana dia serik sebaliknya berasa tidak selesa dengan perhatian diberikan sekiranya bercinta sesama artis.

"Saya kalau boleh tidak mahu bercinta dengan golongan selebriti kerana sedar perhatian yang kami bakal terima akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut.

"Hasrat saya itu juga bukanlah kerana serik kerana kegagalan cinta masa lalu tetapi saya memang ingin mencari lelaki golongan biasa sebagai teman hidup," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Juliana, sebagai manusia biasa dia hanya mampu merancang dan sekiranya tetap dipertemukan jodoh dengan artis dia akan terima.

Juliana memberitahu tertarik kepada lelaki yang merendah diri.

"Ini hanya hasrat dan perancangan saya, tetapi segala-galanya boleh berubah dan jika itu sudah jodoh saya kena terima," jelasnya.

Dalam pada itu, Juliana memberitahu, dia juga sebenarnya tidak selesa bercakap soal peribadi terutama mengenai hubungan cinta kepada umum.

"Saya sedar menjadi seorang selebriti ramai yang ingin mengetahui tentang saya termasuk hal-hal berkaitan peribadi. Pun begitu saya tidak begitu selesa kerana bimbang ia menjadi salah faham," katanya.

Malah kata Juliana, kerana prinsipnya itu dia juga berharap dapat bertemu dengan jejaka yang mempunyai pendirian serupa selain merendah diri.

"Jika bercakap tentang jejaka idaman semua ingin yang baik-baik tetapi pada saya cukuplah sekadar dia merendah diri dan dapat menerima saya seadanya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Juliana Evans.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan