Angkat Isu 'Perkosaan Dalam Rumah Tangga', Uyaina Juara Nona Manis

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 5:17 PM

Uyaina tidak menyangka bergelar juara kerana menganggap persaingan sengit pada pertandingan akhir Pencarian Nona Manis yang berlangsung pada Ahad. Foto RICKY LAI/THE STAR

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penuntut jurusan Undang-Undang Universiti Malaya, Naseha Uyaina Arshad muncul sebagai juara program 'Pencarian Nona Manis' yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, Ahad.

Pada pertandingan peringkat akhir itu, Uyaina, 24, mengangkat isu bertajuk Perkosaan Dalam Rumah Tangga sebagai tugasan terakhir sekaligus berjaya memikat lima barisan juri profesional yang mengadili para peserta.

Kemenangan itu membolehkan Uyaina membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM15,000, tajaan pakaian dan tudung daripada Blossom Box Store dan Adijuma berserta trofi.

Uyaina berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000.

Nur Shaqira Edora Ghaffar, 24, pula diumumkan sebagai naib juara manakala Siti Maryam Hussin, 23, berada ditempat ketiga.

Masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta hadiah sampingan berupa barangan kemas tajaan Habib Jewel bernilai RM10,000 dan RM5,000, tajaan pakaian dan tudung daripada Blossom Box Store dan Adijuma berserta trofi.

Dua peserta lain iaitu Balqish Banu Mohd Hussni, 21 dan Nurul Arifah Abdul Rashid menerima sagu hati berupa wang tunai RM2,500 dan barangan kemas bernilai RM2,000 sumbangan Habib Jewel.

Kesemua peserta pada pertandingan itu diadili oleh juri profesional iaitu Pengurus Pengurusan Imej Media Prima Berhad, Nurfarahin Jamsari, Koresponden TV3 di London, Haliza Hashim, Fahrin Ahmad, Jovian Mandagie dan Mahami Awang.

Tempat kedua menjadi milik Edora.

Ia dihoskan oleh Fouziah Gous, Fara Fauzana dan Dayah Bakar manakala penyanyi Altimet, Hafiz dan Azmil (Mentor Legend) tampil mengadakan persembahan.

Dalam pada itu, Uyaina berkata, dia mengetengahkan isu berkenaan kerana tidak ramai yang berani bersuara mengenai perkara itu biarpun ia sebenarnya semakin menular dalam masyarakat.

"Mungkin ia jarang didengar tetapi isu berkenaan adalah serius dan ini adalah peluang terbaik saya untuk mengupas kemelut berkenaan menerusi platform Pencarian Nona Manis.

"Sebagai seorang yang belajar bidang perundangan isu-isu seperti itu sentiasa menjadi perhatian saya dan gunakan kelebihan itu untuk membuat laporan mengenai Perkosaan Dalam Rumah Tangga," ujarnya.

Maryam terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

Sementara itu, Uyaina berkata, dia ingin meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran sekiranya diberi peluang kerana melihat platform itu memberikan dia ruang untuk mengupas pelbagai isu berkaitan wanita.

Pun begitu katanya, bidang perundangan sentiasa berada dekat dihatinya dan akan meneruskan karier sebagai peguam pada masa hadapan.

"Dua-dua saya suka tetapi buat masa sekarang saya ingin mencuba sebagai pengacara jika diberi peluang oleh pihak Media Prima," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Nurfarahin memberitahu, sebagai ketua juri, dia melihat kelima-lima peserta akhir Pencarian Nona Manis mempunyai potensi besar dalam bidang penyiaran sekiranya diberi lebih banyak praktikal.

"Mereka pada awalnya bermula tanpa sebarang pengetahuan dalam bidang penyiaran dan secara peribadi saya berbangga dengan pencapaian mereka sekarang.

"Insya-Allah dengan pendedahan dan latihan mereka boleh pergi jauh dalam bidang ini," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Pencarian Nona Manis , Uyaina.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan