Didi Astillah Enggan Dengar Cerita Buruk Aliff Aziz

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2015 5:00 AM

Didi Astillah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi remaja Didi Astilah memberitahu dia tidak mengambil peduli cerita-cerita buruk dan kontroversi yang pernah menghimpit Aliff Aziz sejak penyanyi itu bercinta dengan kakaknya Bella Astillah.

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 19, berkata, setakat ini Aliff tidak menunjukkan sebarang masalah dalam hubungan percintaan bersama kakaknya itu. 

"Saya tidak pernah cari di Google atau mencari cerita tentang Aliff Aziz kerana kalau cari sudah tentu banyak cerita yang tidak sedap didengar dan dibaca. 

"Kalau ada orang bercerita pun saya akan dengar masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja," ujarnya kepada mStar Online

Aliff dan Bella sudah bertemu keluarga masing-masing.

Didi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan cinta kakaknya dengan penyanyi Aliff Aziz yang kini merancang untuk mengikat tali pertunangan.

Selain itu, Didi berkata, sebagai adik, dia sentiasa bersikap positif dan menerima pilihan yang terbaik buat kakaknya itu. 

"Saya tidak kisah dengan siapa pun kakak saya bercinta asalkan dia gembira dengan pilihannya itu. Setakat ini saya rasa mereka sangat bahagia dan Aliff pun dah banyak berubah dan tidak seperti gosip-gosip yang didengar sebelum ini. 

"Akak saya sudah bertemu keluarga Aliff di Singapura dan Aliff juga sudah berjumpa keluarga saya di Sabah pada Aidilfitri lalu," katanya. 

Dalam perkembangan lain, Didi berkata, dia akan bakal keluar dengan single terbaharu berjudul Pujaan Hatiku ciptaan komposer Indonesia Posa Tobing.

Tags / Kata Kunci: Didi Astillah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan