Anis Al Idrus Anggap Putus Dengan Sharnaaz Jalan Terbaik

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2015 6:00 AM

Anis anggap tiada jodoh dengan Sharnaaz Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing.

Anis atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 27, berkata, dia menerima perkara tersebut sebagai ketentuan Allah yang tidak dapat ditentang oleh manusia.

"Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami.

"Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Anis mengulas tentang kenyataan pelakon Sharnaaz Ahmad yang mendedahkan hubungan mereka sudah putus sejak lima bulan lalu. Pasangan ini menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Anis enggan dedah sebab mereka putus.


Bagaimanapun, Anis berkata, kedua-dua mereka sudah bersetuju untuk tidak mendedahkan punca sebenar perpisahan tersebut.

"Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak. Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami," ujarnya.

Sementara itu, Anis berkata sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu. Dia juga percaya, apa yang berlaku merupakan ujian Allah dan mempunyai hikmah tersendiri.

Pekara ini sudah lima bulan berlaku, saya sudah baik-baik sahaja, kami ambil keputusan itu secara matang dan saya percaya Allah sudah merancang yang terbaik buat kami," ujarnya.

Dalam pada itu, Anis berkata, dia hanya menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan, pengacaraan dan perniagaan yang diusahakan.

Tags / Kata Kunci: Sharnaaz Ahmad , Anis Al Idrus

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan