Konsert Michael Learns To Rock Di KL Selama Dua Hari

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 6:12 PM

Michael Learns To Rock bakal mengadakan konsert di Malaysia selama dua hari berturut-turut.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsert kumpulan terkenal Michael Learns To Rock (MLTR) yang bakal diadakan di Mega Star Arena dekat sini pada 14 Ogos depan akan diadakan selama dua hari selepas mendapat permintaan hangat daripada peminat.

Tarikh persembahan Michael Learns To Rock Tour  di Malaysia itu ditambah sehari lagi pada 15 Ogos selepas tiket persembahan pada malam pertama habis dijual.

"Persembahan malam kedua MLTR iaitu 15 Ogos turut menerima permintaan yang tinggi daripada peminat Malaysia sebaik sahaja tarikh itu diumumkan.

"Penambahan itu juga sebagai penghargaan kumpulan itu kepada peminat di negara ini yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan sepanjang 25 tahun penglibatan mereka," menurut kenyataan yang dikeluarkan Warner Music kepada mStar Online di sini pada Jumaat.

Malaysia adalah beberapa negara Asia terpilih bersempena sambutan ulang tahun ke-25 kumpulan itu dalam bidang muzik.

Malah konsert itu nanti akan diserikan dengan visual LED, konfeti dan susunan muzik istimewwa selain membawakan lagu hit mereka seperti The Actor, 25 Minutes, Paint My Love, Sleeping Child dan Take Me To You Heart.

Tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual pada harga dari RM169 hingga RM469.

Untuk keterangan lanjut mengenai jualan tiket boleh menghubungi Ticket Charge Hotline : 03-9222 8811 atau lawati www.ticketcharge.com.my
Tags / Kata Kunci: Michael Learns To Rock.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan