Foto Lelaki Montel Bercumbu Tersebar, Abam (Bocey) Kesal Difitnah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 6:00 AM

Abam (Bocey)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Abam (Bocey) menegaskan foto lelaki berbadan besar sedang bercumbuan dengan seorang wanita yang tersebar bukan dirinya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, ia adalah satu fitnah yang sengaja ditimbulkan oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab.

"Orang buat cerita ni... Saya tak tahu apa tujuan mereka (blog) berbuat demikian. Kenapa perlu fitnah? Saya terkilan apabila dikaitkan dengan cerita dongeng ala-ala sinetron seperti ini. Sudah tentu saya lagi gemok daripada lelaki dalam foto berkenaan.

"Jangan malukan keluarga saya. Kalau mak saya tahu perkara ini mesti dia malu," katanya kepada mStar Online.


Abam dituduh merupakan lelaki di dalam foto berkenaan yang disebarkan.

Pada Khamis, foto seorang lelaki berbadan besar sedang bercumbuan telah tersebar di internet dan pelawak Abam dikaitkan sebagai individu berkenaan. Bagaimanapun foto tersebut telah dikaburkan pada bahagian wajah.

Sementara itu, Abam berharap, perkara itu tidak akan berulang lagi dan dia memohon pihak yang tidak bertanggungjawab agar  tidak menyebarkan cerita sekiranya mereka tidak pasti kesahihan sesebuah berita.

"Berhentilah menulis benda yang tidak elok dan boleh mengaibkan orang. Fitnah seperti ini boleh merosakkan silaturrahim.

"Walaupun bukan saya di dalam foto itu, tolonglah jaga sensitiviti orang lain. Mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok," tegasnya.

Tags / Kata Kunci: Abam

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan