Artis Tuntut Menteri Baru Segera Selesaikan Masalah Seni

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2015 5:30 AM

Jurey (dua dari kiri) bersama penggiat seni mengharapkan Salleh dapat selesaikan masalah dalam dunia seni.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggiat seni hiburan tempatan berharap Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu iaitu Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak akan bertindak segera selepas mendapat maklum balas mengenai masalah-masalah yang timbul dalam industri seni tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia  (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya gembira dengan pelantikan itu memandangkan Salleh pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2011 dan seharusnya faham hal yang berbangkit.

"Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi hanya dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

"Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak 

Salleh dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu rombakan kabinet yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Beliau menggantikan Datuk Seri Ahmad Shaberi Cheek yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam pada itu, Jurey juga berharap agar pihak-pihak di Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertambah mesra dengan penggiat seni agar hubungan di antara mereka lebih agar mudah untuk memahami pergerakan industri yang semakin malap.

Malah Jurey juga memohon supaya tiada unsur-unsur pilih kasih dalam setiap urusan dan kerjasama yang dibuat.

"Dalam keadaan industri seni yang sangat tenat, kita semua perlu bersatu dan tidak mahu tertekan dengan isu-isu yang masih belum selesai.

"Pihak kementerian juga perlu lebih ikhlas dan mempunyai kesungguhan dalam menyelesaikan masalah yang berbangkit. Apa-apa pun, saya yakin Mohd Salleh mampu menyelesaikan masalah-masalah industri dengan lebih berhemah dan saksama," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Jurey Latiff , Salleh Said Keruak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan