Hanez Suraya Ulas Isu Rumah Tangga Bermasalah

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 6:00 AM

Hanez enggan mengulas dakwaan rumah tangganya yang dibina pada Mac lalu mula dilanda masalah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya enggan buka mulut apabila perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, berkata, tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Hanez diminta mengulas perkahwinannya dengan Romie dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan dia meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Antara posting yang dimuat naik Hanez di Instagram.

Aktres itu bernikah dengan Romie pada majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac lalu.

Dalam pada itu, Hanez berkata, dia bimbang sekiranya dia memberi komen berhubung dakwaan berkenaan ia akan disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Lebih parah kata Hanez, ia akan menyebabkan masalah lain dikemudian hari.

"Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

Hanez dan Romie pada hari pernikahan mereka.

"Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah," katanya.

Tambahnya lagi, fokus dia kini adalah menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki empat bulan.

Bercakap mengenai kehamilannya, Hanez berkata, kandungannya berada dalam keadaan baik dan berharap peminat mendoakan kesihatan mereka berdua.

"Alhamdulillah sudah masuk empat bulan dan keadaan saya sekarang baik-baik sahaja seperti mana wanita mengandung yang lain," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hanez Suraya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan