Edry Bakal Buat Perubahan Dalam AF 2015

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2015 12:33 AM

Edry bersama tenaga pengajar AF 2015. foto ROHAIZAT MD DARUS/THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengetua baharu program Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Edry Abdul Halim akan membuat beberapa perubahan dalam pertandingan tersebut agar ia dilihat masih relevan dengan perkembangan semasa.

Edry berkata, dia enggan mengikut konsep lama di mana tenaga pengajar akan membuat keputusan untuk setiap tugasan pelajar-pelajar sebaliknya mahu mereka mengeluarkan idea dan berkarya dalam setiap persembahan yang dibuat.

"Kali ini saya mahu pelajar-pelajar AF 2015 berkarya sendiri daripada segi pemilihan lagu sehinggalah kepada persembahan.

"Mereka diberi kebebasan, tetapi dengan bantuan tenaga pengajar yang disediakan.

"Saya mahu mengangkat tema 'berkarya' mengikut imej masing-masing. Bagi saya, cara ini kita akan melihat kelainan dalam AF 2015," katanya kepada mStar Online.

Edry memberi pandangan tersebut selepas diumumkan sebagai pengetua AF 2015 di First Avenue, di Bandar Utama di sini pada petang Selasa.

Masih mengekalkan format asal, AF 2015 bakal menyaksikan gabungan semula barisan tenaga pengajar sebekum ini iaitu Acis sebagai pengarah muzik konsert, Shahrol (guru vokal), Fatimah Abu Bakar (guru motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (guru tarian dan kareografi), Fauziah Nawi (guru seni persembahan) manakala Que Haidar sebagai guru pementasan.

Selain itu, seramai 16 orang pelajar AF 2015 turut diperkenalkan secara rasmi yang terdiri daripada lapan orang pelajar lelaki dan lapan perempuan.

Pelajar lelaki ialah Sharul [Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan], Iqwan [Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak] dan Syamel [Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur].

Barisan tenaga pengajar bergambar bersama para peserta AF 2015.

Turut terpilih  Openg [Anthonasius Jadil, 23, Sabah] dan Faroq [Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka], Sufi [Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura], Syahid [Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka] dan Wili [Suili George, 28, Sabah].

Manakala lapan orang pelajar perempuan pula ialah Bila [Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur], Ziqa [Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor], Arisa [Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor] dan Aziah [Aziah Awang, 21, Sabah].

Pelajar lain ialah Ifa [Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah], Lisa [Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak], Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang] dan Dalila [Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura].

Sementara itu, Edry yang sebelum ini kurang bersetuju dengan konsep undian masuk pelajar tekeluar iaitu AF Masuk bagaimanapun terpaksa akur bahawa ia sangat diperlukan dalam sesebuah program realiti.

"Saya ada bertanya kepada pihak produksi apakah relevannya AF Masuk dan mereka ada jawapannya yang tersendiri.

"Dan saya terima konsep ini perlu ada pendekatan itu. Mungkin ia boleh diaplikasikan dengan cara yang berbeza.

"Sebagai contoh, ia akan dipilih sendiri oleh pihak juri. Saya tidak mahu jika ada peserta yang bagus, tetapi tersingkir tidak diberi peluang kedua," tegasnya.

AF2015 akan bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Program pengenalan Tirai AF 2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 hingga 2 Ogos depan pukul 9 malam.

Selain itu, rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi juga dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF 2015 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam bermula 3 Ogos depan.

Manakala konsert mingguan AF 2015 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam mulai 9 Ogos depan.

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF 2015 bakal membuat kejutan sewaktu konsert penentuan di minggu pertama kelak.

Seratus peratus keputusan dan kuasa penghakiman adalah berdasarkan pemilihan oleh pengetua dan barisan tenaga pengajar AF 2015.

Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF 2015 hanya akan terjawab pada malam konsert penentuan itu nanti.

Selain itu, AF 2015 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak dan Faizal Ismail untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara mingguan.

Tags / Kata Kunci: Edry , Akademi Fantasia 2015

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan