Puteri Sarah Bakal Buka Gedung Pakaian Muslimah

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 6:00 AM

Puteri Sarah dan Syamsul

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas empat tahun menimba pengalaman bekerja di butik milik orang lain, pelakon Puteri Sarah memberitahu dia dan suaminya Syamsul Yusof sudah bersedia untuk membuka sebuah gedung pakaian muslimah.

Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 30, berkata, gedung yang diberi nama Shara Islamic Fashion World yang akan dilancarkan pada September depan kini masih dalam proses pengubahsuaian.

"Alhamdulillah, selepas empat tahun bekerja di butik orang saya lebih yakin untuk buat pelaburan dan buka gedung pakaian sendiri, saya gunakan pengalaman menguruskan butik tersebut sebaik mungkin.

"Sebenarnya sudah lama Syamsul suruh buka, tetapi saya tidak yakin. Syamsul pun sebelum ini tercari-cari peluang perniagaan lain yang tidak melibatkan dunia seni," ujarnya kepada mStar Online.

Puteri Sarah berkata, dia kini dalam proses untuk mencari 30vendor pakaian muslimah yang berminat menempatkan produk mereka di gedung tersebut.



Sementara itu, Sarah mengakui pembukaan gedung itu juga secara tidak langsung merapatkan hubungannya dengan suami.

"Ketika Ramadan kami mencari lokasi yang sesuai untuk gedung ini dan selepas itu kami mengerjakan umrah. Kami buat projek ini sama-sama dan hubungan suami isteri itu lebih akrab.

"Maklumlah, sebelum ini komitmen berbeza, dia sibuk dengan penggambaran dan saya dengan kerja-kerja di butik," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita tentang ibadah umrah yang dilakukan pada Ramadan lalu, Puteri Sarah berkata, ia merupakan niat suaminya yang mahu menunaikan ibadah tersebut setiap kali menjelang Ramadan.

Katanya, seperti tahun lalu, dia mengambil kesempatan tersebut untuk berdoa dikurniakan cahaya mata dan dipermudahkan urusan perniagaan yang baharu diceburinya itu.

"Syamsul berniat selagi termampu untuk menunaikan umrah setiap kali bulan Ramadan dan berpuasa di sana. Saya juga ambil peluang macam tahun sebelum ini iaitu untuk dikurniakan cahaya mata.

"Tahun ini juga saya berdoa agar urusan gedung dan perniagaan kami dipermudahkan dan mendapat keberkatan," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Puteri Sarah , Syamsul Yusof

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan