Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkannya

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 6:15 AM

Nurul jenamakan nama semula nama sebagai Nourul.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Nurul Wahab atau kini dikenali dengan ejaan Nourul Wahab mendedahkan ada pihak cuba memburukkan diri dia di laman blog miliknya.

Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 38, berkata, individu yang menggunakan nama samaran sebagai Tasha sering menulis komen negatif yang memburuk-burukkan dia dengan bertindak mendedahkan kisah-kisah lampaunya.

"Ada individu yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini sering menulis komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah saya dahulu di ruangan komen setiap posting di blog saya.

"Individu itu menggunakan nama sebagai Tasha dan menulis seperti dia tahu semua tentang kisah hidup saya, walhal apa yang ditulis itu tidak benar sama sekali," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Nourul berkata, dia terpaksa menapis semua komen yang ditulis di ruangan yang disediakan di blog tersebut bagi mengelakkan ia terpapar secara automatik dan menimbulkan kontroversi.

Dia juga mengakui akan memadam komen berunsur negatif daripada pembaca blog yang dianggap memberi aura negatif kepada pembaca blog lain.

"Setiap kali saya post  artikel, dia akan komen yang bukan-bukan dan nasib baik juga memang saya tapis setiap komen pembaca sebelum siarkan kepada umum kerana saya tidak mahu ada yang komen negatif.

"Walaupun dia tahu komen tersebut tidak disiarkan, dia tetap juga menulis yang menyakitkan hati dan memang ingin saya membaca catatan itu," ujarnya.

Tambah Nourul, dia juga sering membalas komen tersebut menerusi tulisan blognya secara khusus menjurus kepada individu tersebut.

Sementara itu ditanya tentang ejaan nama baharu iaitu Nourul Wahab, wanita ini berkata dia mahu dikenali dengan ejaan nama tersebut sebagai penjenamaan baharu bagi dirinya.

Nourul menambah, ia adalah ejaan bahasa Perancis dengan sebutan yang sama dan sering digunakan oleh suaminya Eric Depp.

"Saya mahu dieja dengan ejaan Nourul kerana dalam bahasa Perancis sebutannya tetap Nurul dan sejak saya berkenalan dengan suami saya, dia sering menggunakan ejaan nama sebegitu.

"Lagi pula, saya mahu rebranding semula nama itu untuk projek terbaharu saya iaitu lagu bahasa Perancis tidak lama lagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nurul Wahab , Nourul Wahab

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan