Puteri Balqis Tenang Dikutuk Kerana Foto Berbikini

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 6:25 AM

Puteri Balqis tenang apabila dikritik hebat gara-gara mengenakan bikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini. Foto Ihsan Instagram @rockingbalqis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa kepada aktres kanak-kanak Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz enggan mengendahkan kritikan segelintir pihak terhadap foto berbikini anak perempuannya yang tersebar luas di laman sosial.

Azizi, 37, dalam satu mesej ringkas kepada mStar Online pada Isnin berkata, dia tidak peduli dengan kata-kata dilemparkan kepada anaknya yang berusia lapan tahun itu.

"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, gambar Puteri Balqis di sebuah pulau yang memakai bikini di Instagram miliknya mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial sehingga ada yang tergamak melebelkannya sebagai pengikut Yahudi.

Balqis kini sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pulau.

Malah ada berpendapat gambar berkenaan mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang menjadi isu baru-baru ini dikalangan anak-anak selebriti.

Tambah Azizi berkata, Puteri Balqis membaca kesemua komen-komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tenang terhadap kritikan yang dilemparkan.

"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.

Pada 11 Disember 2014, Puteri Balqis menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.

Dia juga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November 2014.

Tags / Kata Kunci: Puteri Balqis , Azizi Aziz.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan