Azalina Terajui Finas Tidak Sampai Dua Bulan

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 4:20 PM

Datuk Seri Azalina Othman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tidak sampai dua bulan meneraju Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai pengerusi, Datuk Seri Azalina Othman akhirnya terpaksa melupakan hasrat membangunkan industri perfileman negara selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pelantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan rombakan barisan kabinat baharunya pada Selasa.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Johor dilantik menerajui Finas berkuatkuasa 1 Jun lalu dan perlu melepaskan jawatan berkenaan selepas menganggotai kabinet.

Beliau menggantikan Datuk Md Afendi Hamdan yang memegang jawatan berkenaan bermula 1 September 2011 sehingga 31 Januari 2015.

Dalam sidang media pertamanya pada 10 Jun lalu, Azalina memberi harapan untuk melihat perubahan kepada landskap perfileman negara khususnya memberi keutamaan kepada pelakon dan kru tempatan.

Beliau juga mahu melihat industri perfileman negara menjadi lebih kreatif dalam menerapkan eleman kenegaraan bagi karya yang dihasilkan.

Selepas memegang jawatan dalam Finas, beliau turut membuat rombakan terhadap barisan ahli perbadanan agensi itu dengan melantik produser Datuk Yusof Haslam sebagai timbalan pengerusi.

Semasa mengumumkan pelantikan itu, beliau turut menyuarakan harapan agar penggiat seni supaya terus menyokong pentadbiran Najib.

Azalina yang dihubungi The Star pada Selasa turut terkejut dengan pelantikan semulanya dalam kabinet dan hanya mengetahui berita itu melalui radio.

Mengikut perancangan awal, Azalina sepatutnya menghadiri majlis ramah mesra bersama wartawan hiburan pada Khamis ini untuk berkongsi pandangan mengenai dunia seni negara.
Tags / Kata Kunci: Azalina Othman , Finas

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan