Afzan Akur Tidak Dipilih Stesen TV Pegang Watak Hero

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2015 1:30 AM

Afzan akur dengan kehendak stesen TV yang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih hero utama dalam sesebuah drama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Afzan terpaksa akur dengan kehendak stesen televisyen yang mempunyai pilihan tersendiri dalam memilih hero utama dalam sesebuah drama.

Afzan A. Rahman, 33, berkata, biarpun diberi kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas peranan utama namun dia menganggap sebagai tiada rezeki apabila namanya tidak dipilih oleh stesen televisyen.

"Alhamdulillah setakat ini pihak produksi ada memberi peluang kepada saya untuk memegang peranan utama dalam sesebuah projek tetapi nama saya tidak lepas tapisan dengan stesen TV.

"Saya hendak marah pun tidak boleh kerana setiap stesen TV ada artis pilihan mereka tersendiri cuma barangkali masih belum rezeki saya," katanya kepada mStar Online.

Tambah Afzan, biarpun namanya ditolak untuk peranan utama dia tetap bersyukur masih diberi peluang untuk membawa watak pembantu.

Dalam pada itu, Afzan tanpa berselindung mengakui karier lakonannya masih berada di tahap sama berbanding tahun sebelumnya ekoran peluang terhad.

Afzan tidak kisah diberi watak sampingan.

"Jika bercakap tentang perkembangan karier ia tidak pergi jauh dan masih berada di tahap sama. Tetapi itu bukan alasan untuk saya berputus asa kerana saya perlu berusaha memperbaiki lakonan untuk menonjolkan diri dalam bidang lakonan," ujarnya.

Sementara itu, Afzan berkata, walaupun sudah beberapa tahun bergelar artis dia tidak pernah mengamalkan sikap memilih tawaran diberikan kepadanya.

Ini kerana kata Afzan, tawaran diterimanya tidak serancak artis lain dan menggunakan peluang diberikan sebaik-baiknya.

"Jujur, saya tidak pernah memilih watak yang diberikan kerana tawaran pun bukannya banyak seperti artis lain.

"Alhamdulillah, A.Aida Production banyak beri peluang dan tidak pernah lupakan saya dalam setiap projek terbitan," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Afzan berkata, dia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbitan A. Aida Production iaitu Si Montel bergandingan dengan Dotti.

Afzan juga bakal muncul dalam drama bersiri terbitan Global Station Sdn Bhd iaitu Mencintaimu bergandingan dengan Sharnaaz Ahmad dan bintang baharu, Zahira McWilson.

Ia bakal menemui penonton menerusi slot Akasia di TV3.
Tags / Kata Kunci: Afzan.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan