"Insiden Maki Wanita Kerana Maruah" - Zul (2 By 2) - Berita Hiburan | mStar

"Insiden Maki Wanita Kerana Maruah" - Zul (2 By 2)

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 6:00 AM

Zul bersama isterinya, Isma.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Zul (2 By 2) menjelaskan tindakan memarahi seorang wanita di sebuah restoran pada bulan Ramadan lalu disebabkan perkara tertentu yang melibatkan maruah keluarganya.

Bagaimanapun, Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 42, berkata, kejadian tersebut berlaku tidak seperti yang digambarkan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad. 

"Apa yang berlaku ketika itu ialah saya dan isteri, Isma bercakap tegas meminta penjelasan kepada mereka yang terlibat menabur fitnah kepada kami, kami dianiaya dan mereka menuduh kami tanpa bukti sehingga menjejaskan maruah kami. 

"Saya malas nak besarkan lagi perkara itu, tetapi kejadian itu tidaklah sampai mengamuk seperti yang ditulis dalam akhbar tersebut. Kami masih sedar itu tempat awam dan kami juga masih lagi waras," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Ahad. 

Zul berkata demikian ketika diminta mengulas laporan di ruangan pojok akhbar mingguan tentang tindakan dia dan isterinya penyanyi Ismaliza Ismail memaki hamun seorang wanita di sebuah restoran pada Ramadan lalu. 

Tambah Zul, dia dan isterinya enggan mengulas kejadian yang berlaku antara dia dengan wanita tersebut dan menganggap ia sudah pun diselesaikan secara baik. 

"Saya malas nak ungkit dan besarkan fitnah yang dibuat terhadap kami walaupun ramai yang menyuruh kami saman malu terhadapnya. 

"Saya dan isteri sudah buat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan, cukuplah mereka mengaku kesilapan dan meminta maaf," ujarnya. 
Tags / Kata Kunci: zul 2by2
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan