Syazwan Zulkifly Kesal Dituduh Panas Baran Terhadap Faye Kusyairi - Berita Hiburan | mStar

Syazwan Zulkifly Kesal Dituduh Panas Baran Terhadap Faye Kusyairi

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2015 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly terkilan apabila dituduh bersikap panas baran sehingga menjadi punca hubungan cinta dengan pelakon baharu Faye Kusyairi putus di tengah jalan.

Syazwan, 28, berkata, keputusan untuk mencari haluan masing-masing diambil selepas dia mendapati tiada lagi persefahaman antara mereka selain kedua-duanya sibuk dengan jadual kerja masing-masing. 

"Saya terkilan orang sering menyalahkan saya dan menganggap saya yang bersalah dan menjadi punca hubungan kami putus. Mereka tidak tahu apa yang berlaku dalam hubungan itu. 

"Lebih mengarut saya dituduhan sebagai lelaki panas baran dan psiko. Soalnya mereka pernah nampak ke Faye lebam kena pukul dengan saya lepas kami keluar bersama? Mereka asyik menuduh saya sahaja yang salah.

"Cuba mereka tanya pada Faye pernahkan saya bertindak demikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Ahad. 

Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan bahawa hubungan cintanya dengan pelakon Faye Kusyairi putus disebabkan sikap kasar dan panas baran dirinya sehingga membuatkan wanita itu takut setiap kali bertemu. 

Faye dan Syazwan ambil haluan masing-masing selepas tamat drama Istikharah Cinta.

Sementara itu, Syazwan menegaskan dia tidak pernah memukul atau bersikap kasar terhadap wanita itu sepanjang menjalinkan hubungan cinta. 

Dia juga meminta agar kisah percintaan dia bersama wanita itu tidak terus dijadikan topik untuk mana-mana ruangan pojok akhbar yang boleh menjejaskan namanya.

"Saya bercinta dengan dia lima bulan sahaja dan ketika itu kami sama-sama berlakon dalam drama Istikharah Cinta dan ketika itu saya rasa tidak banyak pun cerita pasal kami berdua bercinta. 

"Tapi entah kenapa selepas berpisah ini pula banyak cerita tidak baik yang mengaitkan saya dengan dia," ujarnya. 

Dalam pada itu Syazwan berkata, dia kini sudah mempunyai kekasih baharu iaitu pengacara program hiburan hlive!iaitu Shenty Feliziana yang terjalin sejak tiga bulan lalu.

"Saya sudah lama move on dan kini saya pun ada kekasih baru iaitu Shenty dan hubungan kami baru sahaja tiga bulan," katanya.
Tags / Kata Kunci: Syazwan Zulkifly , Faye Kusyairi
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan