Filem Malaysia Masih Kurang Ketengah Nilai Positif - FDAM

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 4:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Meskipun banyak filem tempatan mula memenuhi pawagam, namun masih kurang mengetengahkan dan menyampaikan nilai positif kepada masyarakat.

Menurut Naib Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Syed Zulkifli Syed Masir, filem tempatan perlu menghasilkan filem yang mempunyai watak yang lebih realistik supaya dapat dihubungkan dengan penonton.

Katanya, filem tempatan yang diterbitkan setakat ini masih gagal dalam membawa nilai positif seperti moral, integriti dan sebagainya.

"Filem tempatan tidak pandai bawa watak yang realistik. Jadi penonton tidak dapat "feel" nilai yang cuba dibawa oleh watak tersebut.

"Malah pembelian tiket bagi filem tempatan juga sangat rendah," katanya kepada Bernama selepas menghadiri wacana Gobok Wayang: "On the Streets of London", Selongkar Makna Integriti di Institut Integriti Malaysia (IIM) di sini, malam Jumaat.

Program wacana tersebut adalah kerjasama antara IIM bersama penggiat seni tanah air sebagai satu pendekatan yang diambil untuk memupuk kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan pengamalan integriti dalam kehidupan seharian anggota masyarakat.

Syed Zulkifli berkata jumlah kutipan kasar bagi tayangan filem tempatan cereka juga menurun sejak tahun 2012 sekaligus menunjukkan industri filem tanah air kurang menarik perhatian generasi Y.

Statistik dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menunjukkan jumlah kutipan kasar yang diraih daripada filem tempatan adalah hanya RM1.28 juta pada tahun 2012, RM1.20 juta pada tahun 2013, RM0.89 juta (2014) dan RM0.21 juta setakat Mac tahun ini. 

Filem pendek On the Streets of London itu dijadikan bahan dalam wacana bagi membincangkan isu-isu berkaitan integriti dan mesej penting yang tersirat dalam filem itu.

Filem berdurasi 20 minit itu menceritakan kisah pertemuan dua pelajar Melayu yang belajar di London dengan satu watak masih mempraktikkan ciri-ciri orang Melayu walaupun berada di London manakala satu lagi watak terikut-ikut dengan budaya Barat dan cuba mengamalkannya.

Filem tersebut memenangi Anugerah Emas untuk Filem Pendek Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dalam International Movie Awards 2014 di Jakarta, Indonesia.

Tags / Kata Kunci: FDAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan