Atikah Suhaime Yakin Mampu Berjaya Di Bidang Nyanyian

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2015 5:00 AM

Atikah Suhaime

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Atikah Suhaime meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk bergelar penyanyi tercapai menerusi lagu runut bunyi filem Suamiku Jatuh Dari Langit.

Filem tersebut sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 17 Julai lalu.

Atikah, 24, berkata, lagu tersebut sebagai langkah pertamanya ntuk mengembangkan bakat nyanyiannya dan yakin mampu berjaya sebagai seorang penyanyi meskipun baru saja bertatih sebagai pelakon.

"Sebenarnya sudah lama saya berhasrat untuk bergelar penyanyi, cuma masa sahaja yang tidak sesuai.

"Kebetulan pula baru-baru ini Awi Rafael menawarkan saya untuk menyanyi bagi lagu runut bunyi Suamiku Jatuh Dari Langit, jadi saya ambil kesempatan itu," katanya kepada mStar Online.

Tambah Atikah, Awi turut menjadi guru vokal sebagai langkah untuk mengasah lagi vokal nyanyiannya menjadi lebih baik.

Malah, anak kelahiran Singapura itu juga yakin, kerjaya nyanyian tidak akan menggugat kerja-kerja lakonannya.

"Kalau David Teo membentuk saya sebagai seorang pelakon, Awi pula membentuk saya sebagai penyanyi. Dia juga guru vokal saya.

"Apabila menyertai satu-satu bidang, saya akan memberi fokus sepenuhnya.

"InsyaAllah, saya mampu bergerak sekali membawa gelaran pelakon dan penyanyi serentak," ujarnya.

Filem komedi tersebut turut menampilkan lakonan Atikah bersama Nora Danish, Qi Razali, Kaza dan Syuk SYJ selaku teraju utama.


Tags / Kata Kunci: Atikah Suhaime

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan