Berat Badan Turun, Abam (Bocey) Berjaya Kawal Nafsu Makan

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2015 2:00 AM

Abam mula menjaga pemakanan seharian dan mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badannya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan.

"Pada awalnya memang sukar apabila saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil nasi tetapi Alhamdulillah kini saya sudah terbiasa tidak makan nasi.

"Diet yang betul dan pemakanan sihat banyak membantu dalam penurunan berat badan selain senaman bersesuaian," katanya kepada mStar Online

Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.

Dalam pada itu, Abam berkata, dia juga mengamalkan kiraan kalori bersesuaian setiap kali ingin menikmati sesuatu hidangan.

Jelas Abam, dia hanya akan mengambil kalori bersesuaian dengan badannya dan kaedah itu banyak membantunya mengawal nafsu makan.

"Pengiraan kalori juga amat penting dalam proses menguruskan badan dan saya memang ada pengetahuan dalam keadah pengiraan kalori yang dibelajar ketika zaman sekolah dahulu.

"Alhamdulillah setakat ini saya disiplin dalam memastikan pemakanan yang diambil seimbang dan tidak berlebihan," jelasnya.

Tambah Abam, dia juga telah membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.

Sementara itu, Abam berkata, dia tidak menyasarkan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing sebaliknya ingin menumpukan kepada pemakanan sihat dan kesedaran tentang kesihatan dirinya.

"Sebelum ini memang saya akui cepat letih dan sukar bernafas jika terlalu aktif melakukan sesuatu tetapi selepas berdiet dan bersenam saya mula nampak perubahan ketara pada diri saya.

"Ini bukan soal untuk kurus tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Abam , Bocey.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan