Berat Badan Deejay Lin Susut Akibat Demam Denggi

Diterbitkan: Jumaat, 24 Julai 2015 1:29 AM

Deejay Lin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM iaitu Deejay Lin memberitahu berat badannya turun 13 kilogram selepas mengidap demam denggi seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfiri.

Deejay Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 39, berkata, perkara tersebut merupakan simptom biasa kepada pesakit demam denggi yang akan kehilangan selera makan.

"Berat badan saya kini 55 kilogram berbanding 68 kilogram sebelum demam kerana tiada selera makan dan minum, malah nampak makanan pun rasa loya.

"Ramai kenalan yang hantar sup ketam, jus pucuk betik dan makanan-makanan yang biasa dimakan oleh pesakit denggi tetapi saya tidak boleh makan langsung terutamya sup ketam.

"Sampai saya rasa kasihan pula sebab mereka sudah buat penat-penat untuk saya tapi tidak dimakan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Deejay Lin turut meminta maaf kepada peminat yang tidak dibenarkan masuk untuk melawatnya sepanjang berada di hospital.

Dia tidak mahu peminat-peminat melihat dirinya berada dalam keadaan sakit.

"Saya juga minta maaf kepada peminat-peminat yang datang dari jauh tetapi tidak dibenarkan masuk melawat kerana saya sudah beritahu kepada pengawal untuk tidak benarkan sesiapa datang menziarah.

"Sebelum ini, jika saya masuk hospital memang ramai yang datang melawat dan saya tidak kisah pun, cuma kali ini saya tidak mahu mereka melihat keadaan saya yang mengigil tahan kesakitan," ujarnya.

Sementara itu, Deejay Lin berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini kurang meriah kerana tidak dapat membantu keluarga untuk menyediakan juadah raya seperti biasa.

Tambahnya, dia juga terpaksa balik ke kampung halaman di Johor Bahru menggunakan khidmat bas ekspres bersama anak-anaknya kerana bimbang untuk memandu terlalu jauh.

"Kali ini raya dalam keadaan sakit dan tidak rasa kemeriahannya kerana setiap kali raya saya yang akan jadi orang kuat di dapur untuk masak juadah. Saya tidak boleh berdiri lama kerana rasa nak pitam sahaja, mereka pun suruh saya berehat," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Deejay Lin

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan