Amyza Aznan Hilang Sabar Sikap Kru Sewa Rumahnya

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 7:02 AM

Amyza Adnan

Amyza Aznan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Amyza Aznan terkilan dengan sikap segelintir kru produksi yang tidak menjaga kebersihan rumahnya yang disewakan untuk tujuan penggambaran.

Amyza berkata, barangan di rumah juga kerap rosak sehingga membuatkan ada masanya dia hilang sabar.

"Memang sejak dahulu lagi rumah saya menjadi lokasi penggambaran untuk disewa. Tetapi sayangnya kebanyakan kru produksi tidak menjaga kebersihan rumah dengan baik.

"Malah ada juga barang di rumah rosak. Sebagai contoh, langsir dan pintu pagar. Sampaikan pasu bunga saya menjadi tempat pembuangan sampah pula.

"Mujurlah  suami begitu peka dan akan meminta bayaran ganti rugi sebelum kru produksi berkenaan pulang," katanya kepada mStar Online.

Tambah Amyza, perkara itu juga membuatkan kru produksi sering dihalau ketika menjalani penggambaran.

Dalam pada itu Amyza juga hanya membenarkan penggambaran dijalankan tidak lebih dari tiga hari.

"Walaupun ada masanya sakit hati dengan sikap segelintir kru yang tiada kesedaran sivik, namun jika dipandang sudut yang lain, ia memberi tambahan pendapatan buat saya dan keluarga.

"Jadi saya masih lagi sewakan rumah dengan harapan kru produksi yang bakal menggunakan rumah saya dapat menjaga kebersihan dan barangan dalam rumah," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Amyza Aznan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan