Azwan Kombos Terpaksa Jadi 'Sado'

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 7:01 AM

Azwan Kombos

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Azwan Kombos mendedahkan ingin membina badannya menjadi lebih berotot, bagi mengikut trend zaman kini di mana lelaki 'sado' mendapat pilihan penerbit dalam sesebuah lakonan.

Azwan berkata, walaupun sukar untuk mendapatkan tubuh badan sebegitu, namun dia sanggup mengambil cabaran demi menambah baik kerjaya seni selain mengasah bakat lakonan.

"Saya tengok, pelakon berbadan sasa akan menjadi pilihan penerbit memandangkan aktor-aktor seperti itu diminati penonton.

"Jadi saya mengambil cabaran itu untuk mendapatkan badan 'sado'. Kalau pelakon-pelakon lain termasuklah Nabil Ahmad boleh mengubh badan mereka, mengapa tidak saya?" katanya kepada mStar Online.

Tambah Azwan, dia kini telah pun mendaftar masuk di sebuah pusat latihan senaman dan masih lagi berusaha untuk mengubah penampilannya itu.

Malah dia hampir gagal dan berputus asa untuk melakukannya, namun demi mengukuhkan kerjaya, Azwan menolak tepi perasaan negatif itu.

"Betul orang kata, no pain no gain. Bukan senang untuk dapatkan badan sasa. Ia memerlukan komitmen dan disiplin yang sangat tinggi.

"Saya selalu memberi motivasi pada diri agar terus berusaha dengan apa yang diinginkan. Saya akan cakap pada diri lihatlah kamu di skrin televisyen, nampak lembik dan kurang bermaya," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azwan Kombos

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan