Jualan Tudung Zara Zya Kurang Dapat Sambutan

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 7:02 AM

Zara Zya kurangkan penjualan tudung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.

"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya.

Selain itu, Zara berkata, dia juga kini muncul dengan produk penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu Miss Zara Beauty.

Ramadan ini saya sibuk berniaga biskut raya di beberapa bazar yang dianjurkan di Lembah Klang ini. Saya juga akan melancarkan produk kosmetik sendiri tidak lama lagi," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini Zara berkata, dia sudah menempah empat pasang baju sejak sebelum Ramadan.

"Tahun ini saya tempah empat pasang baju sahaja, itu pun untuk majlis-majlis rumah terbuka yang akan dihadiri nanti. Saya yakin empat pasang baju tu tidak cukup," katanya.

Tags / Kata Kunci: Zara Zya

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan