"Kukuhkan Karier, Baru Fikir Kahwin" - Fattah Amin

Diterbitkan: Selasa, 21 Julai 2015 12:02 AM

Sherry dan Fattah masih belum terfikir tentang perkahiwnan dan masih mengenali hati buding masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fattah Amin ingin memperkukuhkan karier lakonannya terlebih dahulu sebelum merancang untuk berkahwin dengan teman wanitanya, aktres Sherry Ibrahim.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 25, berkata, masih banyak perkara yang perlu dipertingkatkan dalam kerjayanya yang masih baharu.

"Rasanya masih terlalu awal untuk bercakap soal perkahwinan kerana perancangan ke arah itu masih belum ada.

"Ini kerana saya ingin memperkukuhkan karier terlebih dahulu dan masih banyak yang ingin saya capai sebelum berkahwin," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fattah, hubungannya dengan Sherry berjalan seperti biasa dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Fattah bimbang gandingan terlalu kerap dengan Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

"Hubungan kami seperti biasa tetapi belum sampai tahap merancang untuk berkahwin kerana ingin memberi ruang kepada diri masing-masing mengejar cita-cita terlebih dahulu," jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah berkata, dia bimbang gandingan terlalu kerap bersama Sherry dalam drama akan membuatkan penonton bosan.

Fattah berkata, dia seboleh-bolehnya cuba mengelak daripada terlibat dalam mana-mana projek bersama teman wanitanya itu.

"Bukan apa, apabila kami ada hubungan peribadi di luar set. saya bimbang ia akan terbawa-bawa sehingga menganggu sikap profesional sebagai pelakon.

"Saya juga bimbang penonton akan berasa bosan yang pada akhirnya akan memberi kesan kepada karier kami," jelasnya.

Pasangan itu sebelum ini pernah bergandingan dalam drama bersiri Cinta Ibadah dan Manisnya Bulan Madu.

Tags / Kata Kunci: Sherry Ibrahim , Fattah Amin.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan