Marsha Geram, Sedih Individu Dera Haiwan - Berita Hiburan | mStar

Marsha Geram, Sedih Individu Dera Haiwan

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 6:30 AM

Marsha Milan Londoh.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh meluahkan rasa geram terhadap segelintir individu yang tidak berhati perut mendera haiwan jalanan seperti kucing dan anjing.

Marsha, 30, berkata, individu yang bertindak sedemikian selayaknya dihukum oleh pihak berkuasa agar perkara sedemikian tidak berulang lagi.

"Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pula berita-berita mengenai binatang jalanan didera. Peliknya, yang menjadi peliharaan pun menjadi mangsa dera.

"Terbaru, saya mendapat tahu terdapat seekor anjing disiram air panas oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bagi saya, mereka sangat melampau. Saya harap golongan yang tidak berperikemanusiaan ini menerima hukuman yang setimpal," ujanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Marsha berkata, dia juga seorang yag mudah mengalirkan air mata apabila mendengar berita kematian kucing atau anjing.

"Kalau nak tahu, air mata saya mudah berguguran jika mendapat khabar berita mengenai kematian dua jenis binatang peliharaan itu.

"Mungkin kerana saya terlalu meyayangi mereka membuatkan hati mudah tersentuh apabila mendengar berita kematian kucing," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Marsha Milan Londoh.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan