Elak Ambil Gula Jadikan Fazley Yaakob Awet Muda

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 12:02 AM

Fazley Yaakob

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan perubahan diet iaitu mengelak pengambilan gula dalam makanan sejak tiga tahun lalu membuatkan dirinya kini lebih sihat dan cergas.

Fazley, 38, berkata, amalan itu juga membuatkan dirinya dilihat lebih awet muda berbanding sebelum ini.

"Sebelum ini saya berhenti mengambil gula kerana ingin menurunkan berat badan. Kemudian perubahan lain pula dapat dilihat apabila kulit pada seluruh badan saya lebih sihat dan tidak kusam.

"Hanya ini sahaja cara saya menjaga kesihatan dan doktor saya kata pengambilan gula adalah punca utama seseorang itu mendapat penyakit serius," katanya.

Terdahulu, Fazley pernah memberitahu pada dua tahun lalu dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 18 kilogram iaitu daripada 90 kilogram kepada 72 kilogram dalam masa sebulan.

Sementara itu, kata Fazley, walaupun begitu berjaga-jaga dalam diet pemakanan hariannya, namun dia tidak pernah menyekat sebarang makanan yang diinginkan oleh tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 7, Ahmad Fieradz Shah Fazley, 5, dan Ahmad Firudz Shah, 3.

Dia juga mahu melihat anak-anak merasai dan menikmati setiap makanan yang ada selain mereka memerlukan banyak nutrisi untuk tumbesaran.

"Sebagai kanak-kanak mereka perlukan gula untuk membesar, jadi saya tidak menyekat sebarang makanan yang diinginkan.

"Tetapi saya akan memastikan mereka mendapat makanan yang sihat dan bernutrisi di mana makanan itu akan dimasak sendiri oleh isteri saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Fazley Yaakob

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan