Shah Iskandar Tidak Malu Diberi Watak Tempelan

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 7:03 AM

Shah Iskandar tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa malu sekiranya ditawarkan peranan sampingan dalam sesebuah drama.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon berasal dari Singapura, Shah Iskandar tidak kisah sekiranya diberi watak sampingan atau tempelan kerana ia sama penting dengan peranan utama dalam sesebuah drama atau pun filem.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, biarpun pernah memegang watak utama, dia tidak perlu berasa malu untuk melakonkan watak sampingan kerana itu adalah tugasnya sebagai pelakon.

"Pada saya tidak perlu malu berlakon watak sampingan kerana saya percaya setiap peranan dalam sesebuah drama atau pun filem ada keistimewaan tersendiri.

"Tambahan pula itu memang tugas seorang pelakon dan saya tidak pernah ada masalah sekiranya diberi watak bukan utama," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kehadiran pelakon dari Singapura dan Indonesia yang dilihat sebagai ancaman kepada industri tempatan, Shah percaya, industri di negara ini membuka ruang untuk semua agar bekerja keras.

Shah Iskandar bekerja keras untuk berada di tahap sekarang. 

Bagaimanapun kata Shah, dia mengambil perkara itu sebagai pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangan sebagai anak seni.

"Perkara ini mungkin sensitif pada sesetengah pihak tetapi saya percaya semua pelakon tidak kira dari Malaysia atau Singapura diberi peluang sama rata cuma ia terpulang kepada diri sendiri untuk merebutnya," kata Shah.

Sementara itu, Shah berkata, dia bukan datang ke Malaysia untuk merampas hak sesiapa sebaliknya ingin berkongsi bakat dan semata-mata mencari rezeki.

Kata Shah, sepanjang bergelar pelakon di Malaysia dia sentiasa bertungkus lumus dan bekerja keras lebih daripada sepatutnya demi memastikan bakat dia menyerlah.

"Saya tidak pernah dapat jalan mudah untuk berada di tahap sekarang sebaliknya perlu bekerja lebih keras berbanding artis lain kerana saya sedar kedudukan diri.

"Bagiamanapun ia mengajar saya untuk menghargai peluang diberikan dan sentiasa ingat dari mana asal usul saya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Shah Iskandar.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan