Sam (Bunkface) Sudah Sedia Jadi Bapa

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 7:00 AM

Sam dan isterinya Aida Azira.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Sam (Bunkface) sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 27, berkata, dia juga dalam usaha membiasakan diri dengan kehidupan berumah tangga selepas berkahwin dengan penerbit rancangan TV3, Siti Azira Hussin pada 25 April lalu.

"Banyak yang saya belajar dalam hidup selepas berumah tangga terutama sekali perlu banyak bersabar dan bertolak ansur. Alhamdulillah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

"Apabila menjadi suami, semamangnya saya sedia ke fasa seterusnya untuk bergelar bapa. Saya tidak merancang, malah sangat berharap jika dikurniakan anak dalam waktu terdekat ini," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, mengulas penampilan isterinya yang kini sudah berhijab, Sam berkata, dia sentiasa memberi galakan terhadap perubahan yang membawa kebaikan kepada keluarganya.

"Sebelum ini dia pernah beritahu untuk bertudung selepas berkahwin dan Alhamdulillah dia ambil keputusan tersebut sekarang.

"Sebagai suami sudah tentu saya gembira dan apa yang dilakukan itu bukan paksaan daripada saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Sam berkata, pada Hari Raya Aidilfitri kali ini, dia dan isteri beraya di kampung mertuanya di Melaka sebelum beraya di rumah keluarganya di Klang, Selangor.

Tags / Kata Kunci: Sam Bunkface

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan