Neelofa Kesal Selebriti Berhijab Dikritik

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 7:03 AM

Neelofa meminta agar selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk berhijab diberi peluang untuk memperbaiki diri mereka dalam menjadi muslimah sejati.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa kesal apabila segelintir pihak mengkritik tindakan selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk menutup aurat.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, mereka seharusnya diberi peluang untuk terus melakukan hijrah dan bukannya keputusan mereka itu dianggap semata-mata mencari publisiti.

"Bukan semua selebriti wanita yang menutup aurat itu sudah cukup sempurna dari segala segi sehingga langsung tidak boleh melakukan kesalahan.

"Ia bukan suatu proses berubah yang mengambil masa sekelip mata dan sepatutnya mereka diberi peluang untuk terus menjadi muslimah lebih baik.

"Setiap kritikan itu sebenarnya tidak adil tambahan pula mereka yang suka menilai orang lain tanpa usul periksa," katanya kepada mStar Online.

Neelofa bakal melancarkan buku tulisannya berjudul 'The Chic Codes' pada Januari tahun hadapan.

Dalam pada itu, Neelofa bakal menghasilkan sebuah buku tentang pengalamannya sebagai seorang wanita, artis dan usahawan untuk dikongsi bersama peminat berjudul The Chic Codes.

Jelas Neelofa, buku berkenaan sedang dalam proses untuk disiapkan dan dijangka akan berada di pasaran pada Januari tahun hadapan.

"Ia sebuah buku tentang perjalanan hidup dan karier saya selain ingin berkongsi tentang kejayaan, kesilapan dan pengalaman dari prespektif seorang wanita.

"Saya juga ingin berkongsi pengalaman dalam bidang perniagaan dan mendidik wanita yang ingin menceburi bidang ini," jelasnya.

Sementara itu, Neelofa berkata, dia juga teruja apabila bakal muncul dengan tiga telemovie selepas sambutan Hari Raya nanti.

"Saya sudah agak lama berehat daripada dunia lakonan dan Alhamdulillah produksi masih memberi kepercayaan kepada saya dan Insya Allah bakal muncul dengan tiga telefilem dalam masa terdekat ini," ujarnya yang turut sibuk menguruskan perniagaannya, Naelofar Hijab.

Tags / Kata Kunci: Neelofa , The Chic Codes.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan