Kerjaya Antara Sebab Najwa Mahiaddin Selesa Bersama Idris

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 12:01 AM

Najwa Mahiaddin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Mahiaddin tidak mempunyai sebarang masalah untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan rumah tangga kerana dia dan suaminya, Idris Koh Heng Hui sentiasa bersama.

Najwa, 29, berkata, ini kerana Idris juga seorang pemuzik dan sering mengadakan persembahan bersama-sama.

"Alhamdulillah senangnya tentang kami adalah tiada isu untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan rumah tangga kerana kami berdua bekerja dalam bidang muzik.

"Saya selesa dia sentiasa bersama saya selain tidak perlu risau untuk meminta izin suami sekiranya ingin keluar bekerja," katanya kepada mStar Online.

Najwa dan Idris, 30, berkahwin pada 25 Mac lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun.

Idris dan Najwa berkahwin pada Mac lalu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai pengalaman Ramadan bersama suami, Najwa berkata, Idris tidak mempunyai sebarang masalah kerana sebelum memeluk agama Islam dia sudah terbiasa berpuasa.

KLIK VIDEO: Najwa Mahiaddin Beraya Sebagai Isteri Mualaf

Malah kata Najwa, suaminya itu juga tidak cerewet tentang soal makanan dan tambah seronok Ramadan tahun ini turut disertai oleh ahli keluarga lain.

"Semuanya berjalan lancar dan seronoknya kami dapat berkumpul bersama keluarga untuk berbuka puasa," katanya.

Tambah Najwa, dia turut mengambil peluang Syawal ini untuk memperkenalkan Idris kepada semua ahli keluarga dan saudara mara semasa menziarahi mereka.

"Kami bertuah perbezaan budaya tidak memerlukan kami berebut kampung siapa hendak balik tahun ini dan paling seronok dapat merayakan dua perayaan setiap tahun," katanya.

Tags / Kata Kunci: Najwa Mahiaddin , Idris Koh.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan