Hanis Zalikha Yakin Hairul Azreen Jaga Batas Sebagai Suami

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 7:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Hanis Zalikha yakin suaminya Hairul Azreen sentiasa menjaga batasan sebagai seorang suami ketika menjalani penggambaran sesebuah drama.

Hanis berkata, sepanjang mengenali suaminya itu, Hairul tidak pernah melakonkan adegan yang keterlaluan sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang dan cemburunya.

"Sebagai seorang perempuan sudah tentu saya ada sifat cemburu itu, tetapi saya yakin pada dia kerana sebelum ini dia tidak pernah ada adegan bersentuhan yang keterlaluan.

"Saya percaya dia tahu menjaga batasannya sebagai suami. Dia bukan baru dalam industri, perkara seperti itu dia sendiri faham tentang," katanya.

Dalam pada itu, bercerita tentang alam perkahwinan, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 5 Jun lalu itu berkata, dia kini masih menunggu rezeki dikurniakan cahaya mata.

Selain itu, Hanis berkata, mereka juga merancang untuk berbulan madu selepas Aidilfitri nanti di sebuah lokasi di luar negara.

Sementara itu, ditanya tentang sambutan Hari Raya Aidilfiti kali ini, Hanis berkata, kemeriahannya pasti berganda berikutan keluarga semakin besar.

Katanya, paling ketara ialah persiapan raya dibuat untuk dua pihak keluarga.

"Raya tahun ini sudah tentu lebih kemeriahan berganda, kami buat persiapan untuk dua keluarga sekali gus.

"Saya beruntung kerana dia juga orang Lembah Klang dan tiada masalah untuk balik raya. Mengikut perancangan, pada malam raya kami akan berada di rumah saya di Shah Alam, manakala pagi raya di rumah Hairul di Serdang," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Hanis Zalikha. Hairul Azreen

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan