Kekasih Ajar Aliff Aziz Buat Kuih Raya

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 12:02 AM

Aliff Aziz bakal melancarkan album terbaharunya selepas sambutan Hari Raya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Aziz mendedahkan buat pertama kalinya dia cuba mempelajari cara membuat kuih raya sempena sambutan Aidilfitri kali ini.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz,  25, berkata, kekasihnya, Bella Astillah yang mengajar dia membuat beberapa jenis kuih dan ia disifatkan sebagai pengalaman baharu yang cukup teruja.

"Jujurnya saya tak pernah ingin tahu cara membuat kuih dan tak pernah uli tepung pun. Tapi Bella telah membuka mata saya bahawa membuat kuih adalah perkara yang menyeronokkan.

"Saya diajar membuat karipap serta beberapa kuih lain. Alhamdulillah, satu pengalaman baru yag saya tak sangka ia begitu menyeronokkan," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Aliff turut menyifatkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih menyeronokkan kerana dapat diraikan bersama kekasihnya, Bella Astillah, buat pertama kali.

"Pada sambutan raya pertama, saya akan bawa Bella ke Singapura untuk menyambut raya di sana. Kiranya, kali kedua saya bawa dia berjumpa dengan keluarga.

"Kemudian saya akan mengikut dia pulang ke Sabah pula. Alhamdulillah, raya saya pada tahun ini sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya," tutur Aliff.

Dalam perkembangan lain, Aliff kini sedang giat mempromosikan single terbaharu berjudul Selayaknya Aku, ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan