Peminat Sesat Cari Rumah Adira

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 7:02 AM

Adira menyambut Hari Raya secara sederhana pada tahun ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Adira memberitahu teruja apabila setiap kali kedatangan Syawal rumahnya di Kundasang, Sabah akan dipenuhi dengan peminat termasuk dari Singapura dan Brunei.

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, meskipun tidak mengetahui alamat sebenar rumah keluarganya, namun peminat-peminat dari negara berkenaan gigih menjejaki kediamannya semata-mata untuk menyambut Hari Raya bersamanya.

"Hari Raya sangat istimewa kepada saya kerana pada waktu ini juga saya dapat bertemu peminat-peminat di Sabah sehingga ada yang sanggup datang dari Singapura dan Brunei.

"Biarpun sesat mencari rumah saya tetapi mereka tidak berputus asa dan ia membuatkan saya terharu," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Adira memberitahu setiap tahun ibunya akan memasak sendiri juadah untuk dihidangkan kepada tetamu tanpa meminta bantuan daripada pihak katering.

Jelas Adira, biarpun terpaksa memasak dalam kuantiti yang banyak tetapi ia tidak pernah membebankan demi menghargai peminat yang datang dari jauh.

"Rumah saya sentiasa terbuka untuk peminat datang berhari raya dan bukannya hanya pada waktu tertentu.

"Istimewanya ibu saya sendiri memasak pelbagai juadah untuk peminat sebagai menghargai kedatangan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Adira berkata, biarpun Kundasang menerima kesan ekoran kejadian gempa bumi di Ranau pada 7 Jun lalu namun semangat untuk menyambut kedatangan Syawal itu tetap menebal.

"Semangat itu masih ada tetapi dalam cara yang lebih sederhana memandangkan kebanyakkan daripada penduduk setempat masih terkesan dan trauma dengan kejadian tersebut," katanya.

Tags / Kata Kunci: Adira.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan