Siti Saleha Bakal Beraya Di 10 Buah Rumah

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 12:02 AM

Siti Saleha

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Siti Saleha tidak sabar untuk beraya beramai-ramai ke rumah ibu dan bapa saudaranya di sekitar Lembah Klang pada Hari Raya pertama Aidilfitri nanti melibatkan lebih sepuluh buah rumah.

Siti Saleha, 25, berkata, ia merupakan rutin setiap kali merayakan Aidilfitri di rumah adik beradik sebelah bapanya.

"Setiap kali raya saya paling suka pergi beraya ke rumah ibu dan bapa saudara kami. Maklumlah adik beradik bapa saya ada 14 orang.

"Tapi yang tinggal di Lembah Klang hanya 10 orang dan yang lain ada di luar negara, Kelantan dan Kedah. Kami akan mula beraya selepas sembahyang raya sehinggalah pukul 3 atau 4 pagi baru balik rumah," ujarnya.

Kata Siti Saleha, raya tahun ini juga berbeza apabila beberapa ahli keluarga termasuk abangnya iaitu Sam Bunkface sudah mendirikan rumah tangga.

"Kali ini saya rasa berbeza sebab ahli keluarga sudah semakin berkembang, ada yang dapat anak ada yang sudah berkahwin. Sudah tentu pasti lebih seronok.

"Tapi ada juga ahli keluarga kami yang meninggal dunia tahun ini," katanya.

Sementara itu, Siti Saleha berkata, dia tidak membuat terlalu banyak persiapan untuk sambutan kali ini dan hanya memakai semula baju-baju raya tahun lalu yang masih berkeadaan baik.

"Saya tidak buat baju raya pun tahun ini, sebab baju raya tahun lalu pun masih cantik, manakala urusan kuih raya dan juadah sudah tentu ayah dan ibu yang uruskan," ujarnya.

Siti Saleha berkata, dia bercuti selama dua minggu sebelum memulakan semula aktiviti seni selepas Syawal.
Tags / Kata Kunci: Siti Saleha

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan