Siti Nurhaliza Sambut Raya Secara Sederhana

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 7:01 AM

Siti menyambut Hari Raya dalam keadaan sederhana.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengambil pendekatan untuk mengamalkan konsep berjimat cermat dalam menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Siti, 36, berkata, memandangkan ekonomi negara tidak begitu stabil, dia dan keluarga lebih senang menyambut lebaran secara sederhana.

"Raya pada tahun ini saya dan suami akan beraya di kampung saya, Kuala Lipis, Pahang dan ke kampung suami di Kedah.

"Tetapi ia lebih disambut secara sederhana. Maklumlah ekonomi kita tidak berapa nak elok, kita perlu berjimat cermat dalam segala hal. Lagipun bersederhana adalah yang terbaik dalam melakukan setiap perkara," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, kehilangan nenek kesayangan baru-baru ini juga membuatkan Siti sedikit sebanyak berasa kosong menyambut Aidilfitri.

"Sebelum ini, saudara mara semua akan berkumpul untuk bersama nenek setiap kali raya.

"Memandangkan nenek dah tak ada, emak saya yang akan jadi ketua dalam keluarga adik beradiknya untuk berkumpul.

"Alhamdulillah saya percaya, hubungan kami sekeluarga bertambah erat walaupun jauh di sudut hati terasa kehilangan nenek," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan