Erra Fazira Lebih Peka Dengan Imej Baru

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 7:02 AM

Erra Fazira

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Erra Fazira akan lebih sensitif dan peka terhadap penampilan baharunya agar tidak mengudang rasa kurang senang masyarakat.

Malah, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 41, berkata, dia juga bersedia menerima teguran dan pendapat positif masyarakat terhadap cara pemakaian selepas berhijab.

"Saya sudah lali dengan kritikan dan sentiasa bersedia menerima teguran dan pendapat terhadap pemakaian dan imej baru saya ini.

"Namun, saya harap biarlah kritikan itu diluah dengan cara lebih berhemah dan tidak keterlaluan sehingga mampu menjatuhkan air muka," ujarnya kepada mStar Online.

Sementara itu, Erra berkata, dia dalam proses untuk memberikan pakaian lama kepada rakan-rakan yang berminat.

Dalam pada itu, bercerita persediaan menyambut Aidilfitri, Erra sudah menyediakan dua pasang baju kurung untuk anaknya Aleesya.

Namun pada Hari Raya pertama kali ini, Aleesya akan menyambut bersama bapanya, Engku Emran terlebih dahulu.

"Saya beraya di Kuala Lumpur sahaja kerana Aleesya kali ini beraya bersama bapanya. Lagi pula tahun ini merupakan pertama kali saya beraya tanpa nenek yang baru meninggal dunia.

"Insya-Allah saya akan balik juga ke kampung beberapa hari selepas raya nanti," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Erra Fazira

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan