Jangan Persoalkan Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 12:02 AM

Nora Danish

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish berharap orang ramai tidak terus mempersoalkan isu dia beraya di rumah bekas mertuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Nora berkata, perkara tersebut dijadikan sebagai rutin setiap kali Aidilfitri kerana dia sudah menganggap bekas ibu-bapa mertuanya sebagai ahli keluarga sebenar.

"Segelintir pihak sering memandang negatif dalam semua hal dan sebenarnya hubungan saya dengan bekas keluarga mertua sudah anggap seperti ahli keluarga.

"Saya masih anggap bekas mertua saya sebagai ibu bapa saya dan orang ramai pula salah faham dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Nora turut berharap agar pengikut laman sosialnya tidak lagi memberi komen negatif atau mempersoalkan hubungannya dengan isteri bekas suaminya Rizal Ashram iaitu pelakon Fasha Sandha.

"Setiap kali saya bergambar dengan Fasha, orang akan komen seperti 'sudah berbaik akhirnya', walhal kami memang sudah lama pun berbaik," ujarnya.

Nora menambah, dia akan beraya di rumah kekasihnya iaitu Nedim Nazri di Shah Alam selepas beraya di rumah bekas keluarga mertuanya itu.

Kata Nora, dia menganggap Hari Raya sebagai hari yang paling tepat untuk dia bertandang dan menziarahi antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Nora berkata, setiap kali sambutan raya, dia akan menyediakan pelita dan bunga api untuk anaknya Rayqal merasai sambutan malam raya.

"Raya bagi Reyqal ialah bunga api dan duit raya. Kesihan juga dia tidak dapat rasa betapa seronok balik beraya di kampung.

"Kami semua sudah tiada kampung, saya pun hanya rasa suasana kampung bila berlakon untuk Hari Raya di kawsan kampung," ujarnya.

Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Nora Danish , Fasha Sandha

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan