Bocey Sangkal Tuduhan Mula Besar Kepala

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 5:27 AM

Bocey menyangkal dakwaan kononnya mereka mula bersikap besar kepala.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan Bocey menyangkal dakwaan kononnya mereka mula besar kepala selepas insiden tidak puas hati terhadap juri ketika dikritik menerusi program Que Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) baru-baru ini.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, mewakili kumpulan tersebut berkata, perkara itu sengaja diperbesar-besarkan memandangkan Bocey mula mendapat perhatian daripada peminat.

"Terus terang saya katakan itu bukan kali pertama kami berkecil hati atau rasa marah apabila dikritik juri malah pernah melawan apabila tidak bersetuju dengan pandangan mereka.

"Cuma sebelum ini tiada siapa peduli dengan Bocey kerana kami tidak dikenali tetapi sekarang situasi itu berbeza," katanya kepada mStar Online.

Selain Abam, Bocey turut dianggotai oleh Fad (Muhammad Fadzlie Mohd Nizam) dan Achey (Mohd Nasir Hamzah).

Dalam pada itu, Abam berkata, sebelum dikenali ramai, mereka sering meluahkan rasa tidak puas hati ketika dikritik menerusi media sosial namun ia tidak pernah menjadi perhatian.

Bagaimanapun segala luahan itu bukan bererti mereka berdendam dengan juri sebaliknya hanya ingin meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.

Sementara itu, Abam berkata, Bocey masih wujud sebagai sebuah kumpulan biarpun mereka bertiga dilihat lebih menyerlah dengan karier solo.

Abam berkata, mereka tidak kisah sekiranya masing-masing mahu mengambil projek solo kerana ia adalah rezeki mereka.

"Setakat ini kami semua tiada masalah jika semua ada projek solo tetapi ia mestilah dimaklumkan terlebih dahulu agar tiada percanggahan jadual melibatkan Bocey," katanya.

Tags / Kata Kunci: Abam , Bocey.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan