Ditipu Artis, Penerbit Teater Tuntut Hutang RM1 Juta

Diterbitkan: Isnin, 13 Julai 2015 4:30 AM

Teater 'Diari Wanita' antara karya yang diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit teater prolific iaitu Siti Rohayah Attan dari CTRA Production menuntut hutang daripada artis dan juga organisasi kerajaan yang keseluruhannya berjumlah RM1 juta.

Siti Rohayah berkata, hutang-hutang yang terkumpul sejak 15 tahun itu termasuklah penajaan dan pembelian tiket yang dijanjikan oleh dua organisasi kerajaan melalui perbincangan peringkat tertinggi berstatus menteri.

“Saya  menyeru organisasi yang masih berhutang agar menjelaskan hutang dengan segera kerana saya memerlukan wang bagi menerbitkan teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck yang menelan belanja RM2 juta,” katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Menurut Siti Rohayah, mereka telah berhutang antara RM20,000 sehingga RM560,000 yang mana tidak ada usaha untuk membayarnya semula sebagaimana yang telah dijanjikan.

Siti Rohayah Attan

Dedahnya, seorang penerbit teater yang juga anak kepada pelakon terkenal zaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee turut berhutang dengannya sebanyak RM20,000 sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, ada juga artis wanita terkenal yang pernah berlakon bawah produksinya turut meminjam wang tetapi menyepikan diri selepas membayar 20 peratus sahaja hutang dan tidak menjawab panggilan telefon selepas itu.

“Seorang artis wanita ini menggunakan nama saya untuk membuat pinjaman di sebuah bank kira-kira 15 tahun lalu. Saya terpaksa membayar setiap bulan kepada bank kerana dia tidak mahu membayarnya setelah menggunakan wang tersebut membeli kereta BMW.

“Baru-baru ini saya menghubunginya, dia menafikan pernah meminjam wang tersebut dan mendakwa saya hanya bertindak sebagai penjamin. Bayangkan sikap manusia hipokrit ini,” katanya kesal.

Menyentuh mengenai hutang di dua organisasi kerajaan, beliau kecewa kerana sebagai pemimpin tidak sewajarnya sikap mungkir janji itu wujud.

Tambah Siti Rohayah, dia memerlukan wang-wang berkenaan kerana mempunyai hutang dengan pelabur yang membuat pelaburan bagfi projek teatter Di Bawah Lindungan Kaabah yang dipentaskan tahun lalu di Istana Budaya.

“Saya harus membayar wang tersebut dan buat masa sekarang saya hanya mampu membayar sebahagian saja sedangkan tempoh perjanjian telah berakhir. Sebab itulah saya terpaksa menuntut hutang-hutang saya,” katanya.

Beliau berkata, hal ini tidak sepatutnya terjadi dalam bidang teater kerana sudahlah penerbitnya tidak ramai, penaja yang sepatutnya membantu juga gagal menunaikan janji.

Siti Rohayah yang telah menerbitkan 34 teater sejak 20 tahun lalu pernah menerbitkan teater antaranya Diari Wanita, Di Bawah Lindungan Kaabah, Muzikal Tun Mahathir, Upin & Ipin, Nyonya, Muzikal Ibu Zain, Lantai T.Pinkie dan Dejavu.

Teater terbarunya Tenggelamnya Kapal Van der Wijck  bakal dipentaskan pada 12 hingga 18 Oktober depan di Istana Budaya.
Tags / Kata Kunci: Siti Rohayah Attan

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan