Brian Chen (Masterchef Malaysia) Deejay Baru Suria FM

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 2:00 AM

Brian bakal bersiaran menerusi segmen Ceria Suria pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 13 Julai ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas peserta program Masterchef Malaysia musim pertama iaitu Brian Chen bakal bergelar penyampai radio Suria FM bermula 13 Julai ini.

Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, berkata, pemilihan Brian bukan berdasarkan statusnya sebagai chef selebriti dan pengacara televisyen sebaliknya keramahan dan kepetahannya berbicara menjadi kekuatan pemuda berbangsa Tionghua itu.

“Brian datang pada kami di saat kami tidak mencari penyampai radio namun bakat yang ada padanya membuka mata kami.

"Brian adalah seorang akauntan bertauliah, chef dan juga pengacara TV. Jadi pada kami, dia ada pakej yang lengkap. Ditambah pula dengan keramahan dan kepetahannya berkata-kata, kami yakin Brian sesuai dengan Suria FM”," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Jumaat.

Brian bakal menggantikan Reza Mohamed menerusi segmen Ceria Suria setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 10 hingga 1 tengah hari.

Dalam pada itu, Adiwati berkata, pemilihan Brian juga sebagai mengisi kekosongan slot berkenaan selepas kontrak Reza bersama Suria FM tamat pada Jun lalu.

Segmen Ceria Suria sebelum ini dikendalikan oleh Reza Mohamed.


Kata Adiwati lagi, kontrak Reza yang mula berkhidmat di stesen berkenaan sejak Ogos dua tahun lalu itu tidak disambung selepas dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, Adiwati berkata, Brian telah pun menjalani latihan sebagai penyampai radio selama seminggu di segmen Ceria Pagi bersama Bob Ringgo bagi menggantikan Adibah Noor dan Baki Zainal yang ketika itu sedang bercuti.

Malah pihaknya yakin Brian dapat mengendalikan segmen Ceria Suria seorang diri kerana kepetahannya berinteraksi dengan pendengar selain ingin meningkatkan keyakinannya di konti.

"Brian istimewa kerana dia sangat petah berbicara dan kerana kelebihannya itu kami yakin dia dapat mengendalikan segmen berkenaan dengan baik," katanya.

Dalam perkembangan sama, Brian berkata, dia berharap kehadirannya sebagai penyampai radio dapat memberi tambah nilai kepada Suria FM yang sebelum ini belum pernah mengambil mana-mana cef sebagai dejaay.

Janji Brian, dia akan memastikan segmen berkenaan menghiburkan selain menggabungkan elemen kesihatan, masakan, kekeluargaan, 1Malaysia dan santai.

“Saya sememangnya seorang yang sukakan cabaran baru jadi apabila diberi peluang menyertai bidang radio, saya cukup teruja dan bersyukur," katanya.
Tags / Kata Kunci: Brian Chen , Suria FM.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan