Ayda Jebat Resah Jika Gagal Balas Komen Peminat

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 4:00 AM

Ayda Jebat

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat berjaya meraih populariti luar biasa kerana sikapnya yang sanggup mencari masa terluang membalas komen-komen peminat di laman sosial meskipun sibuk dengan penggambaran.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, disebabkan perkara itu dia akan menjadi resah apabila berada di kawasan yang tidak boleh mengakses internet atau tiada rangkaian telefon.

"Saya akan menjadi 'gila' jika kawasan yang saya pergi tiada liputan untuk  mengakses internet. Buatkan saya tak senang duduk. Saya akan tertekan dibuatnya hanya kerana perkara itu lebih-lebih lagi apabila sudah membaca komen-komen peminat, tetapi belum membalas komen mereka lagi," katanya kepada mStar Online.

Ayda Jebat

Tambah Ayda, dia seorang yang begitu peka dan menjaga hati peminat-peminatnya sehingga sanggup mencari waktu untuk membaca setiap komen-komen mereka dan kemudian membalasnya.

Kata pelakon yang popular dengan drama Rindu Awak 200% ini, dia menganggap cara itu adalah yang terbaik bagi membalas jasa peminat-peminat yang menyokongnya.

"Mungkin ada yang menganggap saya tidak baca komen-komen yang diberi di laman sosial  Instagram dan Facebook. Tidak... saya seorang artis yang membaca komen peminat tidak kira ia baik atau buruk.

"Kalau mereka sanggup menghabiskan masa dan wang untuk menyokong kita, apa salahnya jika kita menggembirakan mereka. Bagi saya, hanya itu saja cara untuk membalas jasa-jasa mereka," ujarnya.

Menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) lalu, Ayda memenangi Artis Baru Wanita Popular manakala dua anuerah pada Anugerah Meletop Era iaitu Artis Baru Meletop dan Top Top Meletop (wanita).

Dia juga mempunyai lebih 500 ribu pengikut di Instagram.
Tags / Kata Kunci: Ayda Jebat

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan