Malim Gunung Dapat Sumbangan Suria FM Sabah

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 4:39 PM

Penyampai Suria FM mengagihkan sumbangan kepada malim gunung.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suria FM Sabah dengan kerjasama Persatuan Pendengar Setia Suria FM Sabah (PSSFMS) menyalurkan bantuan kepada malim gunung yang terkesan dengan peristiwa gempa bumi di Sabah dalam satu majlis yang diadakan pada 30 Jun lalu.

Menurut Pengurus Operasi Suria FM Sabah, Ivy Stanislaus, bantuan dalam bentuk keperluan harian hasil sumbangan ahli persatuan, krew Suria FM dan serta pendengar adalah bagi membantu meringankan beban mereka.

"Barangan keperluan harian yang dikumpulkan adalah hasil sumbangan ahli-ahli persatuan, krew Suria FM Sabah serta pendengar yang turut prihatin dengan nasib yang menimpa malim-malim gunung ini.

"Kami amat berbangga dengan langkah PSSFMS dalam menyokong hasrat murni kami ini kerana dengan kerjasama mereka, majlis ini terlaksana," ujarnya menerusi satu kenyataan kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Sumbangan disalurkan kepada malim gunung yang terjejas kerana gempa bumi baru-baru ini.


Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Persatuan Malim Gunung Kinabalu Ranau Sabah (Pemangkina), Richard Soibi dan penyampai Suria FM Sabah iaitu Farish Aziz, Dudu Lotter dan Rey Kimara.

Menurut Dudu Lotter, biarpun majlis tersebut diadakan secara sederhana, namun ia sangat bermakna buat penyampai Suria FM yang turut merasai beban yang dipikul oleh mangsa gempa bumi.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia, dia turut bersimpati dan memberi sumbangan apa yang termampu bagi meringankan beban mangsa.

"Ketika kami melihat sendiri Gunung Kinabalu dengan jelas, terbayang-bayang tragedi 5 Jun yang lalu. Maka, saya berbangga apabila banyak pihak terpanggil untuk sama-sama memberikan bantuan susulan selepas kejadian tersebut.

"Kami di Suria FM Sabah turut bersimpati dengan musibah yang menimpa dan berharap rakyat Sabah terus tabah dan semangat kita berdiri teguh” ujarnya.

Antara barangan yang disumbangkan adalah beras, makanan dalam tin, minuman serbuk, air mineral dan barangan kering.
Tags / Kata Kunci: Suria FM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan