Linda Hashim Hamil Lagi, Terpaksa Tangguh Niat Berlakon

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 1:04 PM

Linda Hashim fokus kepada keluarga.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Linda Hashim terpaksa menangguhkan niatnya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan apabila disahkan hamil anak kedua pada Mei lalu.

Linda atau nama sebenarnya Norhazlinda Hashim, 31, berkata, buat masa ini dia merancang untuk menumpukan perhatian kepada keluarga sehingga anak yang dikandungnya itu lahir dan berusia dua tahun.

"Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula.

"Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya, kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu," ujarnya kepada mStar Online, di sini Selasa.

Tambah Linda, sejak lebih setahun berehat daripada sebarang penggambaran membuatkan dia rindu untuk kembali berlakon.

Biarpun begitu, dia masih mengikuti perkembangan dunia lakonan dan melihat bakat-bakat baharu yang sedang meningkat naik.

Perasaan itu memang sangat rindukan suasana ketika di lokasi penggambaran dan kawan-kawan produksi seperti dahulu, kalau suami bawa balik skrip, saya yang akan baca.

"Bila tengok skrip lama, kita jadi sayang nak buang. Tapi sekarang saya rajin menonton drama-drama tempatan untuk melihat perkembangan pelakon-pelakon baru," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kandungannya yang kini berusia tiga bulan, Linda berkata, dia tidak mengalami alahan teruk seperti mengandung anak sulungnya Jelita Clarissa yang sekaranng ini berumur setahun empat bulan.

Dia juga tidak terlalu cerewet dalam hal makanan, namun masih mengamalkan minuman air zamzam dan buah kurma seperti yang dilakukan ketika kandungan pertama dahulu.

"Alhamdulillah, tiada banyak masalah atau alahan seperti anak pertama dahulu, saya pun tidak ada mengidam apa-apa setakat ini.

"Saya masih amalkan minum air zamzam, cuma sekarang sukar untuk dapatkan air tersebut. Pembekal yang dahulu juga beritahu saya agar lebih berhati-hati beli air zamzam kerana banyak yang tiruan.

"Jadi saya hanya kirim pada kawan-kawan yang pergi ke Mekah sahaja," ujarnya.

Linda berkahwin dengan pelakon Beego atau Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 35, pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata Jelita Clarissa pada 23 April 2014.

Tags / Kata Kunci: Linda Hashim , Beego

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan